Sunday, 10 March 2013

Cinta, Kasih kita 16


“Haaaa….syum..,” Rania mengesat hidung yang berair akibat terbersin tadi. Dia selesema akibat terkena hujan semalam. Terasa kesal pula hatinya apabila berjalan dalam hujan. Dah tahu antibodi tu lemah, gatal juga nak main hujan.
          “Hai Nia, kau dengan Tuan Baihaqi tu memang sehati sejiwakan?” suara Niza bergema di sebelahnya. Rania menoleh.
“Hmm?”Dia mengangkat kening tanda tidak mengerti. Ketika ini dia, Niza dan Sharifah sedang menunggu lif ke tingkat atas setelah selesai menjamu selera. Niza tersengih. Begitu juga Sharifah. “Apa hal la yang korang berdua tersengih-sengih ni? Dah kena sawan sengih ke apa?” sambung Rania. Geram pulak dia melihat perangai dua gadis itu.
            “Hish, ada ke sawan sengih?” Sharifah lurus menyoal. Sengihannya yang melebar sebentar tadi serta merta hilang. Niza tepuk dahi. Rania sudah tarik senyum. Bendul pulak perempuan ni!
            “Kau ni Ifa, kadang-kadang bengap jugak. Nia main-main aje la,” terang Niza. Sejak bila pulak si Sharifah ni jadi lurus bendul ni sampai tak boleh beza main-main dengan kenyataan. Rania geleng kepala.“Tapi Nia, betul apa yang aku cakap tadi. Kau dengan bos kita tu memang sehati sejiwa tau,” sambung Niza.
            “Sebab?” Rania melihat jam. Lama betul lif ni, bisiknya sendiri.
            “Sebab hari ni kau dengan dia sama-sama tak sihat. Seorang selesema, seorang demam. Memang dah berjanji ke nak sakit sama?” Niza kenyit mata. Sharifah kembali tersengih. Sudah lupa dia dengan kisah sawan sengih sebentar tadi.
            “Demam? Mana kau tahu ni?” Rania cuba bersikap selamba tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa resahnya dia.
            “Aku tahu la. Kak Nurul, pembantu am dekat department pentadbiran  yang beritahu aku. Dia kata hari ni bos kita tu langsung tak nak jumpa sesiapa. Semua appointment pun kena batal. Aku rasa teruk jugaklah tu,” balas Niza.
            “Tapi, aku kagum betullah dengan dia. Sakit-sakit pun sanggup datang kerja lagi. Memang majikan contoh betul,” tukas Sharifah pula.
            “Kau jangan tak tahu Ifa. Penawar dia kan ada dekat sini. Sebab tu sakit-sakit pun sanggup datang kerja jugak.” Niza ketawa.
            “Maksud kau?” soal Sharifah.
            “Hish kau ni Ifa, lembab betullah. Penawar dia si Rania ni lah. Kan buah hati dia ni,” jelas Niza. Sharifah mengangguk-angguk. Rania mengetap bibir.
            “Jangan nak merepek yang bukan-bukan pulak. Bila pulak aku jadi buah hati dia? Mengarut aje korang ni,” Rania cuba menafikan walaupun sebenarnya hatinya rasa tercuit mendengar kata-kata Niza sebentar tadi. Tapi, cepat-cepat dia menyedarkan dirinya agar tidak terbuai dengan rasa itu.
            “Alah, sekilas ikan di air, kami tahu jantan betinanya, Nia. Ingat kami tak nampak ke yang Tuan Baihaqi tu suka dekat kau. Eh, kau dengan dia ada apa-apa ke masa dulu-dulu?” Niza terus ke soalan yang sering kali berlegar dalam kepalanya sejak sekian lama. Bukan dia saja, sesiapa pun akan perasan perhatian yang Baihaqi berikan terhadap Rania.
            “Tak ada apalah. Kan kami dah lama kenal, sebab tu dia baik dengan aku. Janganlah fikir yang bukan-bukan pulak korang ni. Dengar dek girlfriend dia ke, peminat dia ke, susah aku nanti,” Apa lagi yang boleh dilakukan selain menafikan spekulasi yang dibuat Niza. Spekulasi yang sebenarnya mengandungi kebenaran.
            “Kalau betul pun tak salah. Aku lagi suka kau dengan bos kita daripada dia couple dengan Suhaila gedik tu. Rimas aku tengok asyik nak menyendeng dengan Tuan Baihaqi aje. Macamlah, Tuan Baihaqi tu layan dia,” Rania menjeling Sharifah. Sudah mulalah sesi mengumpat tu. Tengah tunggu lif pun jadi.
            “Aku pun sokong” Niza mengangkat tangannya tanda memeberi sokongan penuh.
            “Eh, apasal lambat sangat lif ni?” Rania cuba mengalih tajuk. Makin dilayan makin menjadi dua orang ni.
            “Ha’ahlah. Dah dekat 4 minit kita tunggu. Kenapa aku tak perasan pun?” kata Niza pula. Macam mana nak perasan kalau asyik bergosip aje dari tadi, bisik Rania di dalam hati. Mahu diluahkan takut Niza terasa pula.
            Mereka akhirnya membuat keputusan untuk memanjat tangga. Baru sahaja mahu berlalu ke arah tangga,  pintu lif terbuka. Rania yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam perut lif terhenti apabila melihat Baihaqi kala itu. Lelaki itu terus melangkah keluar dari lif tanpa menegur sesiapa.
            Rania sedikit terasa. Selalunya, Baihaqi pasti akan menegurnya sekiranya mereka bersua muka walaupun dia tidak melayan. Tetapi kali ini, lelaki itu seolah-olah tidak mempedulikan kehadirannya. Mungkin dia jadi begitu kerana dia tidak sihat, fikir Rania.
Dia memerhatikan Baihaqi yang kian menjauh sehingga tidak sedar kawan-kawannya yang lain sudah masuk ke dalam lif.
            “Nia, kau nak masuk ke tak? Dah nampak buah hati terus lupa dunia,” perli Sharifah. Dia dan Niza akhirnya ketawa. Rania tidak membalas.dalam fikirannya sekarang dia tahu dia perlu melakukan sesuatu.
            “Korang naik dulu. Aku ada hal kejap,” ujarnya sebelum terus beredar dari situ.


“HAQ!” panggilan itu membuatkan langkahannya terhenti. Baihaqi tidak menoleh. Dia tahu suara siapa yang memanggilnya sebentar tadi. Siapa lagi kalau bukan Rania Nafisa, gadis idaman hatinya itu.
            Bukan dia tidak sedar dengan kehadiran gadis itu di depan lif tadi, tetapi tekanan yang sedang dihadapinya membuatkan dia tiada mood untuk menegur siapa pun.
            “Awak.” Panggil Rania lembut. Baihaqi tetap tidak menoleh. Rania gusar. Dia memberanikan diri berdiri di hadapan Baihaqi. Wajah lelaki itu kelihatan pucat. Nampak benar keletihan. Tanpa sedar, Rania merenung wajah itu.
            “Awak panggil saya sebab nak tenung muka saya aje ke?” Baihaqi menyoal. Nada suaranya kedengaran hambar.  Rania tersedar. Pipinya terasa pijar mendengar kata-kata Baihaqi. Aduh! Malunya terkantoi merenung anak teruna orang.
            “Emm…tak…,”tergagap-gagap Rania bersuara. Baihaqi masih menunggu. Kepalanya kian berdenyut-denyut. “Awak demam ke,Haq?” dengan susah payah Rania bersuara. Apatah lagi apabila wajah Baihaqi kelihatan serius.
            “Saya tak sihat sikit. Kenapa? Awak risaukan saya ke?” Baihaqi memulangkan kembali soalan kepada Rania.
            “Saya…”
            “Oh, saya lupa. Kenapa pulak awak nak risaukan sayakan? Saya bukan sesiapa dalam hidup awak.” Baihaqi menjawab sebelum sempat Rania berkata apa-apa. Sinis bunyinya. Namun, nadanya penuh luka. Rania menahan sebak mendengar kata-kata Baihaqi.
            “Haq, jangan cakap macam tu. Awak majikan saya. Dah tentu saya risaukan awak,” balas Rania.
            “Majikan? Itu aje taraf saya dia mata awak?” Baihaqi menahan perasaan. Ya Allah, jiwanya semakin remuk mendengar bicara Rania.
            “Please Haq. Saya tak ada niat nak sakitkan hati awak. Saya betul-betul minta maaf dengan kelakuan saya semalam. Kalau saya tak berjalan dalam hujan, pasti awak tak sakit macam ni. Tak sepatutnya awak tumpangkan saya semalam. Kalau tak, pasti semuanya tak jadi,” luah Rania kesal. Dia sekadar mampu memohon maaf sedangkan dia tahu Baihaqi sebenarnya amat terguris dengan perbuatannya. Sama seperti dia yang merana kerana cinta pada Baihaqi  sentiasa mekar di hatinya.
            Baihaqi tersenyum sinis. “Awak tak perlu risau. Sakit dekat badan ni bukan apa-apa kalau nak dibandingkan dengan sakit dekat sini.” Baihaqi menepuk dada kirinya. Suaranya ditahan-tahan. Rania hanya terdiam.
“Lagi satu, jangan menyangkal segala yang telah ditetapkan buat kita dengan perkataan ‘kalau’ Nia. Sebab ‘kalau’ saya mampu, saya akan buang perasaan cinta saya pada awak Nia dan ‘kalau’ boleh saya harap saya tak akan jatuh cinta pun pada awak andai tahu macam ini sekali sakitnya bila cinta ditolak. Tapi, hakikatnya perkataan ‘kalau’ itu langsung tak ada maknanya sebab saya tetap inginkan awak dalam hidup saya. Segala yang berlaku memang telah ditakdirkan untuk kita,” Baihaqi meraup mukanya. Rania menahan air matanya yang mula bergenang di tubir mata.
            “Saya minta maaf atas segalanya, Haq. Saya benar-benar minta maaf,” tutur Rania. Air matanya mula tumpah ke pipi. Bagaimana harus aku terangkan segala-galanya pada dia? Aku juga tidak berdaya.
            “Jangan menangis Nia. Saya tak akan paksa awak lagi. Saya sedar, cinta tak boleh dipaksa. Mulai sekarang, saya hanya akan doakan kegembiraan awak, Nia. Saya harap awak bahagia dengan hidup awak,” Baihaqi terus meninggalkan Rania setelah mengucapkan kata-kata itu.
            Rania memandang Baihaqi dari kejauhan. Kalaulah awak tahu Haq, kebahagiaan awak itulah kebahagiaan buat saya.

HANA memandang wajah cemberut Ian Rafiq. Lelaki itu masih belum reda lagi marahnya. Sudah  puas Hana memujuk namun langsung tidak memberi kesan terhadap Ian Rafiq.
            “Sudah-sudahlah marah tu. Tak akan nak terus tayang muka macam tu dekat Hana?” pujuk Hana. Dia memandang sekeliling restoran Chakri Palace itu. Semakin ramai pengunjung yang datang memenuhi restoran makanan Thai itu. Wajah Ian Rafiq yang duduk didepannya, direnung semula.
            “Say something abang Ian. Dari tadi kita datang, abang Ian diam. Dah tak sudi nak cakap dengan Hana ke?” Hana buat suara sayu. Ian Rafiq mengangkat muka memandang Hana. Dia masih bengang dengan peristiwa yang berlaku di studio sebentar tadi.
            “Kenapa Hana biarkan Eric buat macam tu tadi? Hana tahukan Eric tu orangnya macam mana?” Akhirnya Ian rafiq meluahkan perasaanya.
            “Hana mintak maaf abang. Hana tak sangka dia akan buat macam tu dekat Hana.” Balas Hana kesal. Memang dia kesal dengan Eric, salah seorang pekerja Ian Rafiq. Dia ingat lelaki itu boleh dipercayai.
            Sebentar tadi, Hana terus mengunjungi studio Ian Rafiq setelah pulang dari pejabat. Fikirnya dia dapat bertemu lelaki itu setelah hampir 3 minggu Ian Rafiq terpaksa bekerja di luar Kuala Lumpur. Tetapi, ketika dia sampai hanya Eric yang ada di studio. Pekerja yang lainnya ada yang sudah pulang dan ada yang mebuat tugasan luar.
            Eric meminta Hana menunggu Ian Rafiq seketika. Hana akur kerana dia memang benar-benar merindui Ian Rafiq.
            “You know Hana, you are so beautiful. Bertuah Ian dapat you sebagai girlfriend dia,” puji Eric. Hana hanya tersenyum. Hatinya berbunga-bunga bila Eric mengatakan dia adalah kekasih Ian Rafiq.
             Setelah menunggu hampir setengah jam, Ian Rafiq masih belum sampai. Eric akhirnya meminta untuk menjadikan Hana sebagai modelnya sementara menunggu kehadiran Ian Rafiq. Hana tidak keberatan. Dia tidak menyangka yang lelaki itu sebenarnya mempunyai niat yang tersembunyi.  Eric meminta Hana menukar busana untuk menjadi modelnya. Ketika Hana sedang membetulkan busananya, Eric menawarkan pertolongan. Hana hanya membiarkan
            “Hana!” jerkah Ian Rafiq. Hana menoleh. Ketika itu baru dia sedar, Eric sedang cuba mencium pipinya. Serta merta dia menjauhkan diri dari Eric. Liur ditelan.
            “Apa yang kau cuba buat pada dia Eric?” soal Ian Rafiq. Wajahnya merah padam menahan marah. Wajah Eric pucat.
            “Aku…aku tak buat apa-apa. Aku Cuma nak tangkap gambar Hana aje,” balas Eric.
            “Kau jangan nak tipu aku Eric. Aku nampak apa yang kau nak buat tadi,” kolar baju Eric dicengkam.
            “Relaks la bro. Aku tak sengajalah.” Eric cuba menenangkan Ian Rafiq. Tangannya menggengam penumbuk. Satu tumbukan akhirnya dilepaskan ke wajah Eric. Terjerit Hana dibuatnya.
            “Dah la tu abang Ian. Bawak mengucap.” Hana cuba memujuk. Melihat wajah Ian Rafiq, dia tahu lelaki itu boleh membelasah Eric dengan lebih teruk lagi.
            “Baik kau pergi dari sini Eric sebelum aku belasah kau. Pergi!” jerkahan Ian Rafiq menyebabkan Eric yang terlentang akibat pukulan tadi bangun dan lari dari situ.
            Setelah Ian Rafiq bertenang, barulah Hana mengajak lelaki itu beredar dari studio. Sepanjang perjalanan ke KLCC, lelaki itu langsung tidak bersuara.
            “Sepatutnya Hana call abang bila sampai tadi. Kalau abang tak singgah studio tadi macam mana? Entah apa lagi yang dibuatnya pada Hana,” tukas Ian Rafiq. Bukan dia tidak nampak bagaimana Eric menyentuh tubuh Hana tadi. Serta merta panas hatinya.
            “Hana mintak maaf. Hana pun terlupa nak call abang lepas Eric kata abang on the way ke studio,” Hana cuba menjelaskan.
            “Dia tipu. Abang langsung tak pesan pada dia yang abang akan ke studio,” Sanggah Ian Rafiq.
            “Habis tu macam mana abang boleh ke sana?”
            “Abang rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya hal ni nak jadi. Mujur abang tergerak hati ke studio. Hana pun biar aje dia sentuh badan Hana sesuka hati,” Ian Rafiq menyedut minumannya. Dia cuba meredakan panas dihatinya.
            “Dia cakap dia nak ambil gambar Hana. Manalah Hana tahu dia nak buat perangai macam tu,”  Hana membela diri.
            “Tu bukan ambil gambar. Tu ambil kesempatan namanya,” kata-kata Ian Rafiq mengundang senyuman di bibir Hana. “Orang marah dia senyum pulak.” Ian Rafiq mengerut dahi melihat ulah Hana.
            “Abang ni marah pun kelakar. Muka pun nampak comel sangat,” Ian Rafiq akhirnya tersenyum mendengar pujian Hana.
            “Pandailah nak ambik hati abang,” Hana tergelak.
            “Hmm, sayang jugak abang kat Hana ye,” kata Hana sambil merenung Ian Rafiq.
            “Mestilah sayang, Hanakan adik abang,” senyuman di bibir Hana mati mendengar kata-kata Ian Rafiq.  Hana mahu membalas kata-kata Ian Rafiq namun terhenti apabila telefon bimbit Ian Rafiq berbunyi.
            “Hello…Iya auntie…ada apa?” Hana perasan riak wajah Ian Rafiq berubah cemas. Selepas beberapa ketika talian diputuskan.
            “Hana, kita balik sekarang.” Suara Ian rafiq cemas.
            “Tapi, kenapa abang?” Hana tidak mengerti.
            “Kawan abang, Baihaqi kemalangan!”

           
            

No comments:

Post a Comment