Thursday, 12 February 2015

Sandarkan Pada Kenangan 1

Assalamualaikum,

SANDARKAN PADA KENANGAN...

Saya pernah tulis novel ni masa zaman sekolah dulu..tapi tulis tangan la. mengarut-ngarut isi dia. hehe.. Rasa nak tu;is balik tapi dengan lebih baik la. Maklum masa dulu tak matang lagi. Tulis pun ikut suka hati. hohoho
Tapi, sekarang rasa macam nak tulis balik dengan lebih baik. InsyaAllah, nak tulis dengan semangat. (Haha, tiap kali tulis cerita baru, ni la yang aku cakap)

Apa pun enjoy...


PROLOG

Pintu bilik yang berwarna coklat itu ditolak perlahan. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang bersaiz sederhana besar itu. Seketika matanya meliar memerhati sekeliling. Cuba mencari perbezaan.

            “Hmm, semuanya masih sama. Masih tidak berubah,” bisiknya sendiri. Dia, Nur Adilla pegun seketika di tempatnya berdiri. Ada rasa teruja di hatinya. Hampir lima tahun dia bermukim di rantauan, kini dia pulang ke bumi Malaysia, tanah tumpah darahnya. Sebenarnya dia terlalu rindu dengan bilik ini. Bilik yang menyimpan rasa suka dukannya satu ketika dulu. Tempat dia menyimpan rahsia jika dia tidak mahu berkongsi dengan sesiapa.

            Dia kemudian duduk di birai katil. Beg pakaiannya diletakkan ke tepi. Badannya perlahan di baringkan. Matanya terkebil-kebil memandang siling. Seketika dia teringat rakan-rakannya yang ditinggalkan di bumi London. Begitu sukar mereka berpisah.

            Yaya, Dina, Betty serta dirinya sama-sama mengharungi cabaran ketika berada di tempat orang. Perkenalan ketika belajar di University Of London membuahkan persahabatan sehingga sekarang. Tinggal di rantauan membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain. Adilla dan Yaya sama-sama dari Malaysia manakala Dina dan Betty masing-masing dari Filipina dan Thailand. Walaupun berlainan  negara tetapi dari rantau yang sama, Asia Tenggara. Hubungan mereka akrab seperti adik beradik.

            Masih terbayang di mata Adilla saat mereka harus berpisah. Ketiga-tiga mereka menghantarnya ke lapangan terbang Heathrow dengan wajah yang muram. Masing-masing menahan sebak. Entah bila mereka akan bertemu lagi.

            “Dilla, please don’t forget us, will you?” pinta Betty dalam esakan. Matanya merah menahan tangisan. Begiru juga Dina dan  Yaya.

            “Don’t be like this. I will never forget our friendship. All the thing that we have been through here will always remain in my heart,” pujuk Adilla. Melihat tangisan sahabat-sahabatnya membuatkan dia berat hati untuk meninggalkan mereka. Tetapi mengenangkan permintaan kedua orang tuanya supaya dia pulang, Adilla terpaksa akur.

            “Send my regards to your parents,” Dina memegang tangannya. Adilla mengangguk.  Dia kemudian memandang Yaya yang berusaha menyembunyikan tangisannya.

            “Yaya, kau pun nak menangis jugak ke? Nanti dekat Malaysia kita jumpalah,” Yaya tersenyum mendengar kata-katanya.

            “Aku tahu tapi aku mungkin lambat lagi balik Malaysia dan bila mengingatkan aku akan kehilangan roommate aku ni buat aku rasa sedih sangat. Siapa yang nak dengar cerita aku malam-malam lepas ni? Siapa yang aku  nak mekap bila kau dah tak ada,” balas Yaya. Air matanya tetap mengalir juga.

            “Sebab tu kau sedih?” soal Adilla.

            “Yalah, kau kan model aku,” Adilla bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata Yaya. Memang dia selalu jadi mangsa Yaya, jika kawannya itu ingin bereksperimen tentang cara mekap terbaru. Naik rimas juga Adilla dibuatnya.  “Aku gurau ajelah. Aku sedih sebab aku tahu lepas ni kita akan susah nak jumpa. I’m going to miss u.” Yaya memeluknya.

            “We going to miss you,” Betty dan Dina turut memeluknya bersamaYaya.Adilla betul-betul rasa terharu. Akhirnya, dia juga turut mengalirkan air mata. Semoga persahabatan mereka akan terus kekal walaupun terpisah jauh. 

            Tuk, tuk. Ketukan di pintu mengejutkan Adilla. Ibunya, Puan Shima tersenyum sambil duduk disebelahnya.

            “Apa yang dimenungkan anak mama ni? Tak kan teringat buah hati dekat London kot?” usik Puan Shima. Adilla bangun dan memeluk bahu ibunya.

            “Mana Dilla ada buah hati. Dilla Cuma teringat kawan-kawan dekat sana,” balas Adilla.

            “Dilla tak happy ke balik rumah?dah 5 tahun Dilla duduk sana. Tak kan tak rindu langsung rumah ni,” Puan Shima membelai rambut Adilla.

            “Siapa cakap Dilla tak happy. Kalau mama nak tahu, Dilla memang  selalu rindukan semua dekat Malaysia. Tapi nak buat macam manakan, Dilla kena belajar dekat sana,” Adilla tersenyum ceria.

            “Tak apalah sekarang kan dah balik rumah. Ubatlah rindu tu puas-puas. Mama nak masak ni. Sekejap lagi kita makan sama-sama,” kata Puan Shima.

            “Tak sabarnya nak makan masakan mama. Dah lama tak rasa. Mama masak sedap-sedap tau,”  Adilla tersengih. Sudah lama dia tidak bermanja dengan ibunya. Ya Allah, rindu sangat.

            “Yelah, memang mama nak masak makanan kegemaran Dilla pun. Masak lemak Ketam, suka tak?” kata Puan Shima.

            “Masak lemak ketam? Mama you’re the best,” Adilla memeluk dan mencium pipi Puan Shima.

Sayang mama.

            “Dah, dah. Mama nak pergi masak dulu. Dilla rehat dulu tau. Nanti dah siap mama panggil,” Puan Shima meleraikan pelukan.

            “Nanti Dilla tolong mama ek,” Adilla bangun dari katil.

            “Tak payah, Dilla baru sampai. Mama nak Dilla rehat dulu puas-puas. Esok-esok pun boleh tolong mamakan?” ujar Puan Shima.

            Adilla angkat bahu. Maemang dia sedikit penat. Bukan sekejap perjalanan yang terpaksa ditempuh sebentar tadi. Berjam-jam lamanya. Memang dia bercadang mahu berehat seketika.

            “Ok mama. Tapi kalau ada apa-apa, panggil je Dilla tau,”

            Puan Shima mengangguk. “Ok sayang. Mama keluar dulu,” Puan Shima melengkah keluar dari bilik meninggalkan Adilla yang masih termanggu di atas katil. Sekali lagi dia berbaring. Tetapi kali ini dia terpandang sesuatu di atas almari pakaiannya. Sesuatu yang agak menarik perhatian.

            Adilla bangun dan menghampiri almari itu. Tubuhnya yang tinggi lampai memudahkan dia untuk mencapai benda itu. Sebuah album lama.

            Adilla memebawa album itu ke katil. Sambil meniarap dia membuka helaian album itu. Semuanya gambar ketika dia belajar di kolej swasta sebelum dia berangkat ke London lima tahun dulu.  Wajah Syika, Nani, Farhan dan Romi menghiasi album itu. Mereka sahabat karibnya yang sudah lama terputus hubungan.

            Tangan Adilla terhenti tatkala matanya tertancap pada sebuah wajah.  Muhamad Farid Edry! Bisik hatinya. Sudah sekian lama dia cuba melupakan sebaris nama itu. Dan hari ini wajah itu kembali mendominasi ruang matanya. Adilla menutup matanya dan kenangan lama mula berputar semula…