Pemandangan malam kelihatan indah. Bintang-bintang bertaburan
di dada langit. Cahayanya terasa mendamaikan mata yang memandang. Namun, masih
ada insan yang diselubungi keresahan dalam suasana yang aman begini.
Rania
memeluk lutut. Dari balkoni rumah, dia memandang ke langit. Sesekali keluhan
kedengaran dari bibirnya. Tangannya dari tadi memegang telefon bimbit. Sekejap-sekejap
direnung skrin telefon itu.
Misha yang
sedari tadi memandang ulah gadis itu, hanya mampu menggeleng. Dia seakan-akan mampu
menebak apa yang berada di hati Rania. Gadis itu menunggu panggilan dari
Baihaqi. Bukan dia tidak tahu, hampir setiap malam lelaki itu akan menghubungi
Rania untuk bertanya khabar walaupun Rania melayannya acuh tidak acuh sahaja.
Kadang kala
Misha sendiri tidak faham, masing-masing suka sama suka. Tapi kenapa sukar
benar mahu bersama? Baihaqi sudah menghulur tangan, Rania pula menolak.
Sudahnya, sahabatnya itu merana sendiri. Mahu salahkan siapa bila semua ini
terjadi? Sofiyya? Hish! Dia pun tidak mengerti apa pentingnya gadis yang
bernama Soffiya dalam perhubungan ini. Mungkin ke Soffiya itu teman wanita atau
tunang Baihaqi. Tetapi Rania telah merebut lelaki itu dari Soffiya dan sekarang
gadis itu berasa bersalah dan menanggung akibat dari perbuatannya. Timbul
spekulasi dalam kepala Misha.
Misha
menepuk pipinya. Dia sudah mula berfikir bukan-bukan. Agaknya dia pun sudah
berjangkit penyakit Rania yang suka berkhayal a.k.a termenung itu. Misha
akhirnya menghampiri Rania dan duduk di sebelahnya. Dia turut sama memandang ke
arah langit.
“Dah jumpa
ke Nia?” soal Misha. Kepalanya tercangak-cangak ke atas. Rania memandang Misha.
“Ha? Apa kau
cakap?” Rania kerut dahi. Dia tidak perasan soalan Misha.
“Aku tanya,
kau dah jumpa ke?” ulang Misha.
“Jumpa? Jumpa
apa?” Rania menyoal kembali. dia tidak memahami soalan yang diutakan kepadanya.
“Jumpa muka
Baihaqi di antara bintang-bintang tu.” jawapan Misha yang bersahaja itu
ternyata berjaya mengundang senyuman di bibir Rania. Kelakar pula dia mendengar
kata-kata Misha.
“Merepek la
kau ni Sha.” Rania masih tersenyum.
“Senyum pun.
Dari tadi monyok aje muka tu. Aku ingat kau dah lupa cara nak senyum,” Misha
masih mahu mengusik.
“Mana ada.
Aku okay je,” Rania kembali mendongak langit. Memang dia ternampak wajah Baihaqi
di situ. Hatinya rindu.
“Bukan sehari
dua aku kenal kau Nia. Dah bertahun. Muka kau okay dengan susah hati aku dah
cam sangat. Kalau dah macam ni punya gaya, maknanya kau ada masalah. Cuba kau
cerita dengan aku. Jangan simpan seorang. Aku tak suka tengok kau sedih,” pujuk
Misha. Dia tahu Rania sedang berduka. Semua itu terpancar dari riak wajahnya.
“Kau ni dah
macam pak belalang pulak Misha. Pandai tengok muka orang,” Rania pula cuba
berlawak. Namun, semuanya terasa hambar. Dia tahu dia tidak mampu
menyembunyikan kesedihannya dari Misha.
“Ceritalah,
Nia.” Ujar Misha sekali lagi. Rania diam. Seketika dia melepaskan keluhan.
“Semalam
hujan lebat. Haq hantar aku balik lepas dia ternampak aku jalan dalam hujan.
Tapi di pertengahan jalan, kami bertengkar,” Rania berjeda.
“Lepas tu?”
soal Misha tidak sabar.
“Lepas tu
aku suruh dia berhenti tepi jalan. Aku nak balik jalan kaki aje. Rupanya, Haq
pun turun sekali. Dia halang aku. Masa tu hujan lebat sangat Misha. Haq basah
kuyup. Dan hari ni, dia demam. Aku rasa bersalah sangat Sha,” Rania menekup
mukanya ke lutut.
“Patutlah
kau selesema hari ni. Rupanya kau jadi Hindustan ye semalam.” Rania menjeling
Misha yang masih sempat berlawak mendengar kisahnya. “Janganlah marah. Aku
gurau aje. Jadinya sekarang, kau rasa bersalah dengan Haq lah ni?” sambung
Misha lagi. Rania mengangguk. Hidungnya yang berair dikesat.
“Kalau macam
tu, kau telefonlah dia. Minta maaf. Kan selesai masalah,” Misha cuba memberi
jalan penyelesaian.
“Aku dah
mintak maaf dengan dia Misha tapi…,”
“Tapi?” Misha
menunggu kata-kata Rania seterusnya. Kali ini, mata Rania mula merah. “Nia?”
panggil Misha.
“Dia marah
aku, Sha. Dia marah sebab aku tak terima dia. Dia marah sebab dia susah nak
lupakan aku walaupun aku dah tak mahukan dia. Dan sekarang dia dah nekad tak
nak ganggu aku lagi. Dia nak pergi dari hidup aku,” esakan Rania kedengaran.
Pedih dia menucapkan ayat itu. Mengingati bicara Baihaqi sebentar tadi hanya
mengundang pilu seluruh jiwanya. Jauh di sudut hati, Rania sedar dia tidak
boleh menerima pemergian Baihaqi dari hidupnya lagi walaupun itu yang dimahukan
pada mulanya. Dia tidak boleh membayangkan hidupnya andai Baihaqi betul-betul
hilang dari hidupnya.
Misha
menarik nafas dalam-dalam. Dia seolah-olah tidak percaya mendengar kata-kata
Rania. Setahunya, Baihaqi terlalu menyayangi Rania. Tak akan begitu mudah,
lelaki itu menyerah kalah. Walaupun berkali Rania menolak, Baihaqi tetap teguh
menunggu gadis idamannya itu.
Tapi, siapa
tahu mungkin Baihaqi sudah mula merasa bosan dengan karenah Rania yang sering
menguji kesabarannya. Walau perasaan sayangnya tinggi melangit tetapi yang
sebelah pihak lagi tidak melayan pasti hati akan mula rasa goyah. Apatah lagi,
Baihaqi sering dikelilingi dengan gadis-gadis cantik dalam kehidupannya.
“Kau biar
betul, Nia. Baihaqi cakap macam tu?” soal Misha. Rania hanya mengangguk.
Mungkin dia tak serius dengan kata-kata dia kot?” Misha cuba meredakan
keresahan Rania.
“Tak Misha.
Aku tahu dia memang bersungguh dengan kata-kata dia. Aku boleh nampak dari mata
dia,” Rania menutup mukanya. Cuba menahan air mata yang kian mengalir banyak ke pipi.
“Kenapa kau
menangis? Bukan ini ke yang kau mahu dari dia? Kau juga yang nak dia lupakan
kaukan? Sekarang dia dah ikut kehendak kau. Buat apa kau menangis?” mendatar
nada suara Misha. Melihat keadaan Rania, hatinya jadi geram. Sudah berbuih
mulutnya menasihati Rania agar menerima Baihaqi, tapi gadis itu berdegil.
Sekarang dia pula menangis bagai nak rak apabila Baihaqi hendak mengundur diri.
Apa yang sebenarnya dimahukan oleh Rania?
“Aku sendiri
tak faham dengan diri aku Misha. Kenapa aku boleh jadi macam ni. Sepatutnya,
aku gembira dia akan pergi jauh dari aku. Aku tak perlu lagi mengelak daripada
dia. Tapi, sekarang yang aku rasa sebaliknya. Aku tak rela berjauhan dengan
dia. Kepala aku macam nak pecah memikirkan semua ni. Kenapa aku mesti cintakan
dia, Misha. Kenapa?” Rania tenggelam dalam tangisannya.
“Nia, kalau
dah macam ni keadaanya, kau terima sajalah Haq. Kau dengan dia saling
menyayangi. Kenapa mesti difikirkan hal lain sedangkan kebahagiaan korang yang
lebih utama.”
“Tidak Sha.
Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Sedalam mana pun cinta aku pada dia, Haq
berhak untuk dapat yang lebih baik dari aku. Aku tak layak untuk dia.”
“Tapi…”
“Memang aku
sakit dengan semua ni, tapi kalau rasa sakit ini dapat menyelamatkan dia dari
kemusanahan di kemudian hari, aku rela tanggung semuanya. Aku percaya masa akan
merawat lukanya,” Rania mengelap air matanya.
“Apa maksud
kau hidup dia akan musnah jika bersama kau? Aku tak faham Rania,” Misha
mengutarakan persoalan yang sekian lama bermain di kepalanya.
“Satu hari
nanti kau akan tahu sebabnya, Misha. Masa tu kau sendiri akan faham kenapa aku
tak boleh bersama Haq walaupun aku terlalu sayangkan dia,” Rania tersenyum
hambar. Dia bangun dan meninggalkan Misha termangu di balkoni.
Misha
melepaskan keluhan. Bagaimana dia boleh membantu sahabatnya yang seorang ini
sedangkan dia tidak tahu punca sebenar Rania menolak Baihaqi. Puas dipaksa Rania
bercerita, gadis itu hanya berkata belum sampai masanya. Apa sebenarnya rahsia
yang tersirat di sebalik kisah Rania-Baihaqi ini? Bingung Misha dibuatnya.
“Misha,!”
Terkoncoh-koncoh
Misha masuk ke dalam rumah apabila terdengar jeritan Rania. Wajah Rania
kelihatan pucat tidak berdarah.
“Ada apa
Nia? Kenapa dengan kau ni?” Misha sudah berasa tidak sedap hati. Rania tidak
menjawab sebaliknya dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Misha yang
kebingungan. Misha menyambut telefon bimbit itu. Ada mesej yang terpapar di
skrin. Dalam debar dia membaca mesej itu.
Tuan Baihaqi ditimpa kemalangan.
Dia ada di hospital
sekarang!
IAN RAFIQ menolak pintu wad kelas 1 Gleneagles itu. Kelihatan
Baihaqi sedang bersandar di kepala katil dengan kepala yang berbalut. Datin
Afifah pula sedang memotong buah disebelahnya.
“Kau saja
buat aku cuak kan bro. Rasa dah cukup hebat ke kereta kau sampai pokok pun kau
langgar?” Ian Rafiq duduk disebelah Baihaqi. Kepala kawannya disentuh sesuka
hati.
“Oi,
agak-agaklah kalau nak pegang tu. Sakit tau tak,”Tempik Baihaqi. Tangan Ian
Rafiq di tepis. Apa punya kawanlah. Tak ada kesedaran sivik langsung.
Datin Afifah
hanya tersenyum melihat karenah dua sahabat itu. Dia tahu Ian Rafiq dan Baihaqi
sudah seperti adik beradik. Tengoklah semasa Baihaqi mula-mula dimasukkan ke
hospital semalam. Selepas diberitahu, terus pemuda itu datang ke hospital.
Risaunya Ian Rafiq hanya Allah saja yang tahu. Dia turut bersusah payah
menunggu sehingga Baihaqi selesai dirawat.
Hanya
selepas diberitahu kecederaan Baihaqi tidak serius barulah Ian Rafiq menarik
nafas lega. Betapa akrabnya hubungan mereka. Datin Afifah mengakui betapa
beruntungnya Baihaqi kerana mempunyai sahabat sebaik Ian Rafiq.
“Huh, manja
betul anak auntie ni. Pegang sikit dah marah,” usik Ian Rafiq.
“Sakitlah,”
Baihaqi bengang diusik begitu. Ian Rafiq hanya buat tidak peduli.
“Eloklah
kamu datang Ian. Nasihat sikit kawan kamu ni. Sakit-sakit pun nak pergi kerja.
Tengok, apa dah jadi,” giliran Datin Afifah pula membebel.
“Mama, benda
nak jadikan. Bukan kita nak,” balas Baihaqi. Malu pula dia dibebel begitu di
depan Ian Rafiq. Rakannya itu hanya tersengih.
“Memanglah
kita tak mintak. Tapi mama geram dengan perangai Haq yang tak dengar cakap.
Mama dah larangkan jangan pergi kerja kalau tak sihat. Haq tu yang tak nak
dengar cakap mama. Degil,” Datin Afifah meluahkan rasa hati yang berbuku.
“Yalah, Haq
minta maaf. Lain kali Haq tak buat lagi. Okay,”pujuk Baihaqi kemudian. Kalau
dilawan, makin panjang pula leteran ibunya itu. Lebih baik dia beralah saja.
“Auntie, tak
best la marah-marah. Nanti cepat kedut. Tak cunlah,” Ian Rafiq pula menambah
sebelum tergelak. Datin Afifah menjeling Ian Rafiq. Selamba saja pemuda itu
mengusiknya. Akhirnya dia turut sama ketawa.
“Hish, sama
aje kamu berdua ni. Pening kepala untie macam ni.” Datin Afifah memegang
kepalanya. “Dahlah, mama nak pergi jumpa doctor kejap. Ian, tolong
tengok-tengokkan si Haq ni ye,”
“At your
sevice ma’am” kata Ian Rafiq sambil mengangkat tabik. Datin Afifah malas
melayan lantas keluar dari bilik itu. Ian Rafiq mencapai sebiji buah epal lalu
dibawa ke dalam mulut.
“Weh, buah
epal tu untuk aku la,” sanggah Baihaqi.
“Ada aku
kisah,” balas Ian Rafiq. Dia duduk di kerusi yang terletak bersebelahan katil.
“Perangai
macam kanak-kanak Ribena,” kutuk Baihaqi. Kalau dia tidak sakit, mahu saja
kepala Ian Rafiq dilukunya saat itu.
“Kedekutlah
kau ni. Aku laparlah. Lepas siap kerja kat studio tadi, aku terus datang sini.
Mana sempat makan lagi,” Ian Rafiq cuba menagih simpati.
“Ada aku
kisah,” Baihaqi memulangkan paku buiah keras. Ian Rafiq pula mengetap bibir.
“By the way,
macam mana kau boleh sampai terlanggar pokok ni? Setahu aku kau punya tahap
pemanduan tak adalah teruk sangat. Kira tahap pemandu berhemah lagi. Macam mana
boleh sampai kemalangan?”soal Ian Rafiq. Dia mahu tahu cerita sebenar.
“Benda nak
jadi Ian,” Baihaqi mengulangi semula kenyataannya sebentar tadi.
“Aku tahulah
tapi aku nak tahulah macam mana kau boleh terlanggar pokok tu,” tegas Ian Rafiq
pula. Baihaqi terdiam. Mengingati kejadian sebelum dia kemalangan terasa lebih
menyakitkan.
“Aku tak
sihat semalam Ian. Fikiran aku kacau.” Pendek jawapan Baihaqi.
“Fikiran kau
terganggu? Ni mesti pasal kekasih hati kau tu kan?” Ian Rafiq cuba mengagak.
Baihaqi mengangguk.
“Cuba kau
cerita dekat aku apa yang sebenarnya dah berlaku?” soal Ian Rafiq dengan mulut
dipenuhi buah epal. Baihaqi memandang Ian Rafiq. Dia letih mahu mengingati
kejadian yang menimpanya semalam.
Hakikat
sebenarnya dia kemalangan kerana terlalu banyak berfikir. Berfikir bagaimana
mahu melenyapkan perasaan terhadap Rania. Dia jadi marah kerana hanya dia yang
menanggung beban perasaaan ini sedangkan Rania langsung tidak berasa apa-apa.
Sungguh tidak adil. Dtambah pula dengan badannya yang kian lemah, sistem
tubuhnya jadi kacau bilau. Akibatnya dia jadi hilang fokus dan akhirnya
melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Mujur juga kecederaanya tidak serius.
“I’m not in
a mood right now. Nantilah aku cerita. Sekarang aku nak rehat.”
“Alahai,
feeling pulak kau ni,bro. Aku baru nak dengar cerita kau.” Tahan Ian Rafiq.
“Jangan nak
paksa. Aku ni sakit. Kena banyak rehat. Kau tu patut jaga aku. Sekarang duduk
diam-diam. Jangan nak buat bising pulak,” arah Baihaqi. Ian Rafiq mencebik. Sakitlah
sangat!
Baru sahaja
Baihaqi mahu menarik selimut, pintu wad tiba-tiba dibuka. Ketika itu Suhaila
masuk dengan wajah cemas. Dia terus mendapatkan Baihaqi.
“Haq, are
you okay? Macam mana keadaan you. Macam mana boleh sampai accident ni?” Suhaila
memegang muka Baihaqi. Dibelek kepala pemuda itu. Jelas terpancar kerisauan di
wajahnya. Baihaqi menolak perlahan tangan Suhaila.
“I’m okey.
Luka sikit je dekat kepala.” Jawab Baihaqi. Suhaila menghembus nafas lega.
“Senang hati
I dengar you cakap macam tu. You know, you’re scared me to death,” balas
Suhaila. Tangan Baihaqi dipegang.
“I tak apa-apa.
Tak payahlah risau sangat.” Baihaqi sekali lagi menolak tangan Suhaila yang
menyentuhnya.
“Jangan
risau you kata. You know how I feel towards you. How come I’m not worried,”
Suhaila meluahkan rasa hatinya.
“Ehem!” Ian
Rafiq berdehem. Amboi, sejak tadi aku ni macam tak wujud je depan diorang ni.
Suhaila dan Baihaqi memandang Ian Rafiq.
“Err…lupa
pulak nak kenalkan. Sue ni Ian Rafiq. Ian meet Suhaila, my secretary,” Baihaqi
memperkenalkan Suhaila dan Ian Rafiq.
Ian Rafiq
tersengih sambil menghulur tangan. Suhaila menyambut dengan senang hati. Seketika kemudian dia kembali menghadap Baihaqi.
“Teruklah
kau ni Haq, tak pernah cakap pun kau ada secretary cantik macam ni.” Suhaila
tersipu-sipu mendengar pujian Ian Rafiq. Manakala Baihaqi hanya buat muka
selamba.
“You ni Ian.
Ada-ada ajelah,” balas Suhaila.
“Tak adalah,
I ikhlas. You memang cantik,”
“Gee,
thanks,” Suhaila tersenyum manis tanpa menyedari Baihaqi sudah tayang muka
meluatnya. Menyampah pulak tengok Ian Rafiq menggedik dengan Suhaila walaupun
dia tahu Ian Rafiq hanya sekadar berbasi-basi
.“Sayang, you ada nak apa-apa?” kali ini Baihaqi
menelan liur mendengar Suhaila memanggilnya sayang tanpa mempedulikan Ian Rafiq
yang turut berada di situ. Pemuda itu kulum senyum.
“Err…I think I better get going. Dah lewat
ni,” Ian Rafiq memandang jam.
“Eh, tak akan nak balik dah?” Ian Rafiq cuba
menghalang. Sudah si Ian ni. Nak tinggal aku dengan minah ni pulak. Tak rela
aku.
“Aku ada hal bro. Lagipun penjaga kau dah
sampai. Aku chow dulu la,” Ian Rafiq angkat kening.
“Betul tu,
sayang. I boleh jaga you. Biarlah Ian selesaikan hal dia dulu,” Baihaqi rasa
nak termuntah mendengar perkataan sayang itu. Kali ini dia benar-benar berharap
Ian Rafiq akan menunggunya di situ. Dia tidak betah bersama Suhaila di dalam
wad itu.sekurang-kurangnya sampai mamanya balik.
“At least
tunggulah mama dulu. Apa pulak dia kata kau balik tak jumpa dia dulu,”ujar
Baihaqi. Mujur Ian Rafiq akhirnya bersetuju. Dia tidak jadi balik. Lagipun dia
mula merasakan yang Baihaqi tidak menyukai Suhaila apabila Baihaqi menhantar
isyarat yang hanya dia dapat memahaminya.
Suhaila
bersungguh-sungguh melayan Baihaqi. Tetapi, dia sebenarnya hanya membuat
Baihaqi bertambah rimas. Ketika itu, Datin Afifah baru pulang semula ke wad
itu.
“Lamanya
auntie jumpa Dr?” soal Ian Rafiq.
“Kejap aje.
Tadi auntie terus pergi surau, solat Asar,” balas Datin Afifah. Ketika itu dia
ternampak Suhaila yang berdiri di sebelah katil Baihaqi. Dia memang mengenali
Suhaila kerana gadis itu pernah menjadi setiausaha suaminya. “Eh, bila Sue
datang?” tegurnya sambil menyalami huluran tangan Suhaila.
“Tak adalah
lama sangat Datin.” Penuh sopan Suhaila menjawab. Maklumlah bakal ibu mertua.
Kononnyalah.
“Sue datang
seorang aje ke? Staff lain tak ikut?” Datin Afifah duduk di kerusi berhadapan
dengan Suhaila. Gadis itu menggeleng.
“Tak Datin.
Masa dapat berita Haq accident, tak keruan Sue dibuatnya. Rasa macam nak
tinggal aje semua kerja kat pejabat tu, tapi tanggungjawabkan? Tetaplah kena
buat. Lepas kerja terus Sue datang sini. Tak sempat nak ajak staff lain,”
panjang lebar Suhaila bercerita.
“Bagus betul
Sue ni. Bukan senang nak dapat staff macam Sue ni. Dahlah cantik, komited,
ambil berat pasal bos lagi. Betul tak Haq?” Baihaqi yang sedang memegang
kepalanya terkejut apabila namanya disebut. Tidak semena-mena tangannya
tertekan luka dikepalanya.
“Aduh!”
“Sayang, you
okay ke?” Suhaila bertanya cemas. Tangannya menyentuh kepala Baihaqi.
“I okay” balas Baihaqi pula. Dia malu
apabila Suhaila memanggilnya begitu dihadapan mamanya. Fikirny, jika Datin
Afifah ada bersama, Suhaila akan menjaga tingkah lakunya. Tetapi sebaliknya
pula yang berlaku. Ah! Gadis ini terlalu berani.
Datin Afifah pula termanggu mendengar
panggilan Suhaila kepada Baihaqi. Namun, dia tersenyum seketika kemudian
setelah diamula mengerti apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dalam hati dia
sudah merencana sesuatu.
Baihaqi yang melihat senyuman Datin Afifah
mula berasa gusar. Pasti sesuatu akan berlaku selepas ini. Dan yang lebih merisaukan
perkara itu pasti akan menyusahkan hidupnya nanti. Dia sangat pasti!

No comments:
Post a Comment