KRING!!KRING!!
Jam yang sedang
berbunyi nyaring dicapai lalu ditutup. Iris Humayra menarik bantal disisinya
lalu menutup telinga dan meneruskan lenanya. Matanya terlalu sukar untuk dibuka.
Maklumlah, hampir pukul 3 pagi baru dia sampai ke rumah setelah bersuka ria di
majlis hari jadi Marissa semalam. Seketika
dia berasa tenang dalam tidurnya.
Dum!dum!
giliran pintu bilik pula diketuk. Iris Humayra merengus. Kenapalah semua orang
tak boleh tengok dia senang sikit. Nak tidur pun tak boleh! Kali ini selimutnya
pula ditarik menutup sekujur tubuhnya.
Dum!
Dum! Dum! Ketukan yang berterusan akhirnya membuatkan Iris Humayra terpaksa
membuka mata. Dia kemudian melangkah longlai ke muka pintu. Tersembul wajah Mak
Kinah setelah pintu dibuka.
“Ada
apa Mak Kinah ni? Orang nak tidur pun tak boleh. Kacaulah!” kasar bahasa yang
dituturkan Iris Humayra namun Mak Kinah sudah lali dengan karenah gadis yang
berusia 25 tahun itu.
“Iris
tak pergi kerja ke? Papa Iris dah 2 kali call Mak Kinah pagi ni. Dia suruh Mak
Kinah kejutkan Iris sebab pagi ni ada mesyuarat penting katanya,” ujar Mak Kinah.
Ternyata kata-kata Mak Kinah berjaya menghilangkan rasa kantuk yang bersarang
di mata Iris Humayra.
“Hah?
Dah pukul berapa ni Mak Kinah?” Iris Humayra berlari ke katil dan mencapai jam
di atas meja berhampiran. “Pukul 8! Mesyuarat pukul 9. Kenapa Mak Kinah tak kejut
Iris? Mak Kinah ni memang tak boleh harap la!” sempat dia memarahi Mak Kinah
sebelum berlalu bagaikan lipas kudung ke bilik air.
Mak
Kinah menggeleng-geleng kepalanya. Sampai bila kau nak jadi macam ni Iris?
KESESAKAN jalan raya di Kuala Lumpur
memang tidak pernah surut. Iris Humayra memicit-micit kepalanya. Dia sudah
terlewat benar. Pasti sekejap lagi Tan Sri Khalif akan menyemburnya. Walaupun Tan
Sri Khalif itu bapanya, tetapi kalau sudah acap kali kesalahan ini dilakukan,
siapa yang mampu bersabar. Sudahlah ini mesyuarat penilaian ini penting, pasti teruk
dia dimarahi nanti.
Iris
Humayra makin tertekan bila melihat jam di dashboard. Apatah lagi telefon
bimbitnya sedari tadi berbunyi tidak henti-henti. Semuanya panggilan daripada
pembantunya, Seri juga siapa lagi kalau bukan bapanya, Tan Sri Khalif.
Lagu
We Found love dendangan Rihanna berkumandang dari telefon bimbitnya lagi.
Dengan malas dia menekan butang dan menjawab panggilan tersebut.
“Hello
Seri,” Jawab Iris Humayra.
“Hello.
Cik Iris dekat mana ni? Tan Sri dah bising. Everybody is already here,” Seri bersuara
cemas. Iris Humayra mengeluh.
“Saya
stuck dekat LDP ni. Jem teruk. Boleh tak awak tolong handle sekejap meeting tu?
I will try to get there as soon as possible.” Iris Humayra memberi arahan.
“Saya
handle meeting ni, cik Iris?” Seri
seolah-olah tidak percaya.
“Yes,
why not? Bukan awak tak tahu pasal butir-butir kontrak tu. Awak yang tolong
saya siapkan semua dokumennya bukan?” balas Iris Humayra. Itu sahaja yang idea
yang dapat dia fikirkan buat masa ini. Kalau tunggu dia sampai memang kena
tunda lagi mesyuarat penilaian itu.
“Sebenarnya
Cik Iris, saya tak berapa yakin…”
“You
have to be confident. Saya tak tahu berapa lama lagi saya akan sampai. Saya cuma
boleh harapkan awak aje sekarang,” pujuk Iris Humayra.
“Tapi,
Cik Iris…” Seri masih lagi serba salah. Sebarang kesilapan boleh merugikan
syarikat.
“Do
it as I say, Seri. This is an order,” tekan Iris Humayra. Kedengaran keluhan
disebelah sana.
“Ok
Cik Iris. I’ll try my best.” Apabila arahan sudah dikeluarkan, suka atau tidak Seri
terpaksa bersetuju.
“Good.
Best of luck. I’ll be there. Bye,” Iris Humayra terus mematikan talian. Hanya
Seri menjadi harapannya sekarang.
Kereta
Iris Humyra berpusing-pusing di tempat parkir hampir 15 minit. Semua petak penuh
dengan kereta. Iris Humayra mendengus.
“Time
aku nak cepat ni lah susah nak cari parking,” rungutnya sendiri. Akhirnya
setelah puas mencari, dia ternampak sebuah kereta sedang berundur keluar dari
sebuah petak parkir. Secepat kilat dia memusingkan stereng ke arah kereta itu. Setelah
kereta itu keluar, Iris Humayra bersedia untuk menekan pedal minyak keretanya.
Namun, belum sempat dia berbuat begitu, ada kereta lain yang lebih pantas
mengambil kotak parkir itu. Terpana Iris Humayra dibuatnya. Namun, hanya
seketika sebelum hatinya mula panas dengan situasi itu. Asap bagaikan keluar
dari kedua-dua belah telinganya. Iris
Humayra keluar dari keretanya dan berjalan ke arah kereta itu.
Pemandu
kereta yang juga seorang lelaki itu sudah keluar dari keretanya.
“Excuse
me!” panggil Iris Humayra. Lelaki itu berpaling ke arahnya.
“Yes?”
soal lelaki itu.
“Ini
tempat parking saya. Tolong keluarkan kereta awak,” arah Iris Humayra. Lelaki
iu mengangkat kening sebelah. Dia kemudian menjenguk-jengukkan kepalanya ke
kotak parking itu.
“Saya
tak nampak pulak kalau ada tulis nama sesiapa kat sini,” balas lelaki itu
selamba.
“Memanglah
tak ada tulis nama saya tapi awak tak nampak ke saya dah tunggu sini dari tadi
lagi masa kereta tu nak keluar. Awak yang suka-suka hati datang terus rampas kotak
parking ni. Sekarang ni saya nak awak keluarkan kereta awak. Ini tempat parking
saya!” tegas Iris Humayra berkata.
Lelaki
itu tidak menjawab. Dia hanya memandang wajah Iris Humayra yang kemerah-merahan
menahan marah.
“Tolong
bagi kerjasama. Saya dah lambat ni,” Iris Humayra bercekak pinggang. Dia tambah
bengang apabila mendapati lelaki it uterus-terusan merenung wajahnya. “Hello,”
dia melayang-layangkan tapak tangannya di depan muka lelaki itu.
Tersedar
dari perlakuannya, lelaki itu berdehem seketika. Aduh, buat malu aje, bisisknya
sendiri. Dia memandang wajah kelat Iris Humayra. Mungkin dia tak perasan aku
renung muka dia tadi.
“Well,
siapa cepat dia dapat. Awak mesti pernah dengar pepatah tu kan? So dalam kes
ni, saya dapat parking dulu, jadi parking ni saya yang punya” jawab lelaki itu.
“Awak
ni pekak ye? Saya yang dapat dulu tempat ni. Sekarang ni jangan cakap banyak.
Saya pun tak ada masa nak layan karenah awak. Alihkan kereta awak sekarang!”
suara Iris meninggi. Sakit hati dia melayan mamat di depannya ini. Walaupun berwajah
tampan namun perangainya sungguh menyakitkan hati. Langsung tidak padan dengan
wajahnya.
“Awak
ingat saya suka dengar awak membebel pagi-pagi ni? Dah macam nenek tua tak
cukup makan aje.” kata-kata sinis lelaki itu ternyata berjaya memancing
kemarahan Iris Humayra.
“Hey,
mulut tu jangan kurang ajar ye. Dah la curi parking orang, kata kita nenek tua
pulak. Awak ingat muka awak tu hensem sangat. Tukang kebun saya lagi hensem berganda-ganda
dari awak tau,” balas Iris Humayra. Ambik kau!
Kurang
asam perempuan ni, muka aku yang macam hero korea ni disamakan dengan tukang
kebun aje.bisik lelaki itu dalam hati.
“Hmm,
bertengkar dengan orang yang tak bertamadun macam awak ni memang buang masa tau.
Saya tak nak jadi tak bertamadun macam awak. I have better things to do. So,
excuse me,” lelaki itu menyarung rayban dan meninggalkan Iris Humayra yang
terpinga-pinga disitu.
“Siapa
yang tak bertamadun? Hey awak nak pergi mana tu ha? Alihkan kereta awak dulu!”
jerit Iris Humayra. Namun, semua itu hanya sia-sia. Lelaki itu sudah pun masuk
ke perut lif. “Tak guna punya jantan,” kata Iris Humayra perlahan. Dadanya
turun naik menahan geram. Nafasnya kemudian ditarik dalam-dalam. Ketika itu
muncul idea jahat dalam fikirannya. Bibirnya mula mengukir senyum nakal. Penuh
dendam. Siaplah kau!