“ALOR SETAR, Alor Setar,” suara pemandu
bas memecah kesunyian pagi. Qaira terpisat-pisat membuka mata. Dia benar-benar
mengantuk. Sedaya upaya diluaskan bukaan matanya.
Bila
menyedari dia sudah sampai ke destinasinya, kelam kabut dia bangun. Penumpang
disebelahnya juga bangun serentak. Qaira mengekori belakang lelaki itu untuk
turun dari bas. Sampai di bawah, Qaira cepat-cepat menuju ke bahagian luggage.
Beg pakaiannya di capai.
Ketika
mahu bergerak ke tempat menunggu, Qaira rasa bahunya dicuit. Dia menoleh.
Dihadapannya sekarang adalah jirannya sebentar tadi. Qaira mengetap bibir.
Apahal pulak mamat ni.
Wajah
lelaki itu serius merenungnya. Qaira telan liur. Renungan lelaki itu
menakutkannya.
“Kenapa?”
soal Qaira.
“Saya
nak…” lelaki itu memandangnya dari kepala turun ke kaki. Qaira rasa tak sedap
hati. Beg serta merta dilepaskan.
“Awak
nak apa?” kedua-dua tangannya disilangkan ke dada. Kepala mula berfirkir
bukan-bukan. Entah apa lelaki ini mahukan. Dia memang sudah mengagak lelaki ini
bukan orang baik-baik. Tengok muka pun sudah tahu.
“Stop
it. Awak ingat saya ni apa? Pervert?” balas lelaki itu.
Rupa
tu ada.“Dah tu? Kenapa tengok saya macam tu? Awak jangan bukan-bukan, saya
jerit nanti.” Qaira memandang keliling. Jam baru melewati pukul 5.30 pagi.
Suasana masih gelap gelita. Orang pun masih belum ramai. Aduh, macam mana ni?
“Jangan
merepek boleh? Saya tak ada masa nak buat bukan-bukan dengan awak tau. Taik mata
pun penuh kat mata. Awak ingat saya
selera?” lelaki itu memandangnya sinis.
Qaira
cepat-cepat menggosok matanya. Namun, perbuatannya terhenti apabila melihat
senyuman menyindir di bibir lelaki itu. Sakit hati bila memikirkan dia sedang
dipermainkan orang yang lansung tidak dikenalinya. Apa motif lelaki ini
sebenarnya?
“Sedap
mulut aje mengata orang. Apa awak nak sebenarnya? Saya tak suka cakap dengan
orang yang saya tak kenal ni,” balas Qaira. Dia memeluk tubuh. Suasana pagi
terasa dingin.
“Awak
ingat saya suka? Kalau tak kerana awak ambil beg saya, tak ada maknanya saya
nak beramah mesra dengan awak time macam ni,” Mata Qaira membulat. Dia melihat
beg yang berada di sebelah kakinya. Baru dia perasan. Memang dia tersalah ambil
beg. Aduh, macam mana boleh salah ni. Sah
sah beg aku warna pink. Beg ni warna biru. Ya Allah, Malunya.
Qaira
menarik nafas. Dia cuba berlagak biasa. Padahal malunya, hanya Allah yang tahu.
Beg yang dipegangnya terus dihulur ke depan.
“Lain
kali cakaplah awal-awal. Tak adalah saya fikir bukan-bukan,” sempat Qaira
membebel.
“Lain
kali cik adik buka mata tu luas-luas. Jangan pakai hidung. Kan dah menyusahkan
orang nak kejar awak pulak,” perli lelaki itu. Qaira menjeling. Suka hati aje
cakap aku pakai hidung. Mana ada manusia yang tak buat silap, Qaira bermonolog
di dalam hati. “Ha, apa tunggu lagi? Tak reti-reti nak pergi ambil beg awak?
Nasiblah kalau bas tu dah jalan,”
Erk!
Qaira serta merta memandang ke arah bas yang sudah mula bergerak. Alamak! Beg
aku…
Kala
itu Qaira sendiri tidak sedar bila dia mula langkah seribu mengejar bas yang
sudahmula meninggalkan Hentian Shahab Perdana itu. Yang pasti Hentian itu
menjadi saksi seorang gadis membuat larian 1500 meter untuk mendapatkan begnya
semula.
QAIRA bagaikan tidak
percaya yang dia akan bertemu lagi dengan manusia yang menyusahkan hidupnya
pagi tadi. Riyadh Fitri! Huh, perangai tidak seindah nama.
Sebab lelaki inilah dia
terpaksa menahan malu mengejar bas yang sedang bergerak semata-mata untuk
mendapatkan begnya semula. Hish tak pernah dalam seumur hidup dia buat perangai
macam tu. Mujurlah, masa itu tidak ramai orang. Kalau tidak malu tujuh
keturunan.
Qaira masih belum dapat
menghadam situasi yang dihadapinya kini. Semalam Riyadh adalah lelaki asing
yang menjadi penumpang disebelahnya. Dan sekarang, Riyadh berada di rumahnya.
Menjadi tetamunya dan paling tidak diduga, Riyadh adalah kawan baik abangnya
ketika di Universiti dulu. Kebetulan apakah ini?
Bukan dia tidak perasan
wajah Riyadh ketika mereka diperkenalkan sebentar tadi. Mesti dia tidak
menyangka gadis yang dikutuk-kutuknya adalah adik kawan baiknya sendiri. Padan
muka, kau kutuk aku cakap dekat abang aku, bibir Qaira tersungging.
Tapi, ada lagi perkara
yang dia pelik. Macam manalah Farid boleh bersahabat dengan orang yang berperangai
macam itu. Farid dengan Riyadh, perangai mereka macam langit dengan bumi.
Terlalu berbeza.Farid terlalu baik. Sedangkan Riyadh? Hmm, peristiwa semalam
dan pagi tadi sudah menjelaskan segala-galanya.
Qaira
mengacau air kopi di dalam teko kuat-kuat. Geram pula bila terpaksa melayan
lelaki kerek itu. Kalau tidak kerana ayahnya, En. Faizul yang menyuruh dia
menyediakan kopi untuk tetamu, minta maaflah dia hendak buat. Lebih baik dia
masuk bilik dan menyiapkan barang-barang
perkahwinannya. Tapi sebagai anak yang patuh dituruti juga segala
perintah ayahnya.
Terdengar
gelak ketawa dari ruang tamu. Entah apalah yang dibualkan Riyadh dan
keluarganya. Seronok benar nampak. Qaira membawa dulang yang sudah sedia
tersusun dengan cawan dan teko ke ruang tamu. Diletakkannya di atas meja dengan
berhati-hati. Riyadh yang memandangnya langsung tidak dipedulikan. Yang dia
tahu dia mahu cepat-cepat menghidangkan air itu dan masuk ke dalam bilik.
Sambil menuang air ke dalam cawan, Qaira sempat mendengar perbualan ibu bapanya
bersama Farid dan Riyadh.
“Dah
lama mak cik dengar Id bercerita pasal Riyadh, sekarang ni baru boleh kenal
orangya,” Riyadh tersenyum mendengar kata-kata Puan Saffiyah.
“Mesti
dia cerita yang buruk-burukkan Mak cik?” balasnya. Qaira yang masih menuang
air, mencebik. Memang perangai kau buruk apa, katanya di dalam hati.
“Hish,
tak adalah. Dia selalu cakap Riyadh banyak tolong dia masa dekat Uni dulu.
Maklumlah, kami ni bukan keluarga sennag . Banyak benda yang pak cik dan mak
cik tak dapat sediakan untuk dia. Bila dia dapat kawan macam Riyadh, kami rasa
bersyukur sangat. Tak terbalas rasanya budi baik yang Riyadh berikan,” Encik
Faizul melahirkan penghargaan. Sungguh dia senang bila dapat bertemu dengan
orang yang banyak membantu Farid di Universiti. Kalau harapkan gajinya yang
hanya bekerja sebagai kerani di pejabat swasta, memang dia tidak mampu. Mujur
juga sekarang Farid dan Qaira sudah bekerja. Sedikit sebanyak mereka membantu
perbelanjaan keluarga.
Qaira
memandang Riyadh. Macam tak percaya aje, mamat mulut longkang ni baik macam tu,
fikirnya.
“Jangan
cakap macam tu Pak cik. Saya bukan buat apa pun. Apa yang saya boleh tolong,
saya tolonglah. Lagipun, Farid banyak bantu saya dalam pelajaran. Kalau tidak,
mahu terkandas saya dekat unit tu. Maklumlah, anak murid Ali Setan,”
“Nakal
dia ni mak. Suka kacau orang,” Farid menepuk bahu Riyadh. Aku dah agak dah.
Tengok pun dah tahu. Mesti perangai macam anak hantu. Oops, Qaira tersengih.
“Yang
kamu ni adik dah kenapa? Tesengih sengih. Dari tadi tuang kopi tak siap-siap
lagi?” teguran Puan Saffiyah mematikan
sengihan Qaira. Hish, mak ni buat malu orang je la.
“Err,
dah siap mak.” Qaira bangun setelah menghidangkan air. Dia mahu masuk ke dapur . Baru saja dia
membuka langkah, Farid memanggilnya semula.
“Adik
buatkan air teh untuk Riyadh ni. Dia tak minum kopi,” kata Farid. Qarid
mengecilkan matanya. Hish, mengada betullah, kopi pun tak minum.
“Lah,
tak minum ke? Tak apalah suruh si Qaira buat air teh untuk Riyadh. Adik pergi
buat cepat. Kesian si Riyadh ni dahaga,” En. Faizul pula menambah.
“Eh,
tak payahlah susah pak cik. Kopi ni pun dah cukup,” Riyadh cuba menahan.
“Jangan
nak menggatal. Kejap lagi perut tu berangin, aku tak nak tolong.” Farid memberi amaran. Sebenarnya dia tahu, Riyadh memang tidak boleh minum kopi. Perutnya
tidak serasi dengan minuman itu. Mulalah
rasa nak muntahlah, sakit perutlah. Faham sangat dia dengan si Riyadh yang
hampir 4 tahun menjadi teman sebiliknya.
“Kau
ni menakutkanlah,” balas Riyadh sambil tergelak.
“Siapa
suruh cari nahas. Nasib kaulah,” kata Farid selamba. “Apa tunggu lagi adik.
Cepatlah buat air,” Qaira mencebik.
“Nak
buatlah ni.” Qaira terus masuk ke dapur. Hish, saja tau nak buli aku.
Mintak-mintaklah kau cepat balik lepas minum air ni.
Qaira
membawa air teh yang sudah siap ke ruang depan. Harapannya, cepatlah Riyadh
beredar. Stress dia tengok wajah pemuda itu. Tetapi, telahannya ternyata salah.
“Riyadh
tidur sini sajalah malam ni. Alang-alang dah sampai sini. Boleh si Farid ni
bawa jalan-jalan dekat Alor Setar tu,” pelawa En. Faizul. Tersentak Qaira
dibuatnya. Ah, sudah.
“Eh,
tak apalah pak cik. Saya dah sewa hotel dekat bandar tu. Menyusahkan Pak cik
dengan Mak cik pulak nanti,” tolak Riyadh.
“Tak
ada susahnya. Tetamu jauh datang. Mestilah kena dirai. Tidur saja dekat sini,”
ujar Puan Soffiya pula.
“Ke
kau tak sudi duduk rumah kecil kami ni?” Farid sengaja memprovok Riyadh. Serba
salah Riyadh dibuatnya.
“Ada
pulak ke situ. Aku tak kisah pun duduk kat mana-mana,”
“Kalau
macam tu tidur saja dekat sini. Tak perlulah membazir duit bayar hotel tu,”
gesa Farid lagi. Riyadh terdiam seketika. Qaira berharap Riyadh akan terus
menolak. Tetapi harapannya punah juga.
“Okaylah.
Kalau tak menyusahkan, saya tidur sini sajalah” Riyadh tersenyum lebar.
QAIRA menyusun bunga telur di dalam kota
sebelum diletak di tingkat atas. Bunga telur itu dibuatnya sendiri bila ada
kesempatan pulang ke rumah. Zaman sekarang pelbagai bunga telur yang siap
pasang menjadi pilihan kebanyakan bakal pengantin. Maklumlah, lebih menjimatkan
masa dan tenaga. Tapi bagi Qaira, dia lebih suka menyiapkannya sendiri.
Walaupun mengambil masa, dia gembira dapat melakukannya. Terasa lebih tinggi
nilai sentimentalnya.
Sekarang
bunga telur yang dibuatnya sudah siap hampir 3 jenis. Berbaloi rasanya
sakit-sakit tangan terkena gam dan dawai bila melihat hasilnya. Qaira
betul-betul rasa puas hati. Rasanya dia cuma perlu menyiapkan lagi dua jenis
bunga telur. Selepas itu, bolehlah dia fokus kepada benda lain pula.
“Adik!
oh Adik.” kedengaran suara Puan Saffiyah dari bawah. Qaira yang kebetulan
berada di tepi tangga menjengukkan kepalanya.
“Ada
apa mak? Adik dekat sini,”balas Qaira.
“Tolong
bagi bantal dengan selimut ni dekat abang. Kesian si Riyadh tu karang. Tidur
tak cukup bantal,” Puan Saffiyah mengunjukkan bantal dan selimut di tangannya. Erk..bagi
bantal? Aduh, kalau boleh dia tidak mahu bertentang mata dengan tetamu yang
tidak diundang itu. Ini ibunya pula mahu dia memberikan bantal kepada lelaki
itu. Punah!
“Ala,
mak panggillah abang. Adik tengah sibuk ni” Qaira berdalih.
“Dah
adik ada dekat sini, mak mintak tolong adiklah. Lagipun apa yang sibuknya? apa Setakat susun bunga telur tu sekejap lagi boleh buat.” Puan Saffiyah
mula membebel.
“Tak
boleh tinggal ni mak. Nanti hilang mood.” Qaira cuba beralasan. Malaslah mahu
menghadap si kerek itu. Penat kejar bas pun belum hilang lagi tahu!
“Eh,
budak ni banyak pulak alasan dia. Suruh bagi bantal je pun. Mak ada kerja nak
buat ni, kalau tidak mak dah hantar sendiri dah,” Qaira memuncungkan bibirnya. Hish,
Tak sukalah macam ni!
“Nah
ambik ni. Pergi hantar cepat. Cuba buang perangai malas tu. Dah nak jadi bini
orang dah pun,” Bila pulak aku malas ni.
Ah, semua ni mamat tu punya pasal. Tengok, aku dah kena cop anak dara pemalas!
“Yalah,
adik hantar,” malas mahu mendengar ibunya terus membebel, Qaira cepat-cepat
mengambil bantal itu.
Ketika
sampai di pintu bilik abangnya, kaki Qaira terhenti apabila terdengar suara
orang sedang bercakap. Entah bila dia mula memasang telinga. Yang pasti, suara
Riyadh yang kedengaran marah-marah menarik minatnya untuk terus mencuri dengar
perbualan itu. Yang pasti Riyadh sedang bercakap telefon kerana tidak pula
suara Farid kedengaran.
“Ema,
I tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan you. Kalau bukan pasal you, I tak datang
Kedah ni. I sanggup naik bas datang sini semata-mata nak jumpa you.You know
why? Because I miss u so much. Dan bila I
sampai ini yang I dapat?” Riyadh menekan suaranya. Walaupun marah dia cuba
mengawal agar suaranya tidak terlalu
kuat.
“I
mintak maaf Riyadh. Everything is out of control. I sendiri tak tahu boleh
jadi macam ni,” Emalina teresak-esak di sebelah sana. Riyadh menarik nafas
dalam-dalam.
“Lepas
you curang pada I, you boleh cakap everything is out of control. Senangnya you
cakap. Kalau tak sebab I tengok dengan mata I sendiri, sampai sekarang pun I masih
tunggu you macam orang bodoh. Hell!” Riyadh bengang. Penat lelahnya datang dari
jauh hanya sia-sia bila gadis yang disayangi sanggup menduakan cinta. Dia baru
pulang dari bekerja di Johor apabila dia mendapat khabar tentang perangai
Emalina yang bekerja di Polimas, Kedah. Resahnya hati, membawa dia sampai ke
sini hanya kerana mahu memastikan Emalina bukan seperti yang dikatakan. Tetapi,
hatinya hancur apabila melihat sendiri kemesraan Emalina dengan lelaki lain
siang tadi.
Emalina
nyata terkejut melihat kehadirannya, tetapi Riyadh hanya tenang. Gadis itu cuba
menafikan pada mulanya, tetapi akhirnya dia mengaku juga apabila didesak oleh
Riyadh. Hancur berkecai hati Riyadh rasanya. Cinta yang disulam hampir 5 tahun
punah begitu saja. Tak tahu ke mana dia nak bawa diri ketika itu. Mujur juga dia teringat pada Zurin dan Farid yang merupakan sahabatnya di universiti. Terus dihubungi no telefon Zurin supaya membawanya bertemu Farid. Harapannya, fikirannya akan lega sedikit bila dia meluahkan segalanya pada sahabatnya itu.
“Riyadh,
I mengaku semua salah I. But, things happened for a reason,” Emalina masih cuba
mejelaskan keadaan yang sebenar.
“And
what’s the reason?”
“I
sunyi Riyadh. Kita dah jauh. We were not like before. You terlalu sibuk dengan
kerjaya you,”
“Now
you nak salahkan I pulak? You nak salahkan jarak antara kita. Ema, kalau I boleh
setia dengan hubungan ni, kenapa tidak you. Hati I pada you tak pernah berubah.
Kalau you masih cintakan I, you tak akan buat macam ni.” Begitu mudah Emalina
mencari alasan untuk mempertahankan dirinya. Riyadh betul-betul kesal.
Emalina
terdiam. Hanya esakan saja kedengaran. Riyadh meraup wajahnya. Disabarkan
hatinya sebaik mungkin. Walaupun pedih dia harus menerima segala-gala yang
telah terjadi.
“It’s
over between us, Ema. It’s over. I harap you bahagia dengan dia. Thanks for everything,”
“Riyadh…”
belum sempat Emalina habis berbicara, Riyadh sudah mematikan taliannya. Dia
duduk di atas katil. Nafas sekali lagi ditarik dalam-dalam. Ya Allah, berikan
kekuatan kepadaku agar aku dapat melupakan dia. Sekiranya dia bukan untukku,
kau hilangkanlah perasaan ini padanya. Riyadh cuba meraih kekuatan.
Matanya
memandang sekeliling tanpa arah. Ketika itu dia ternampak bayang bayang di
sebalik langsir yang tergantung di depan pintu bilik. Perlahan dia melangkah ke
situ. Langsir diselak. Qaira yang memasang telinga masih belum menyedari yang
dia sudah pun tertangkap.
“Ehem,
ehem,” sepatas kilat Qaira berdiri tegak. Tangannya kejap memeluk bantal. Adoi
mak, kantoi sudah!
“Ada
apa?” soal Riyadh. Wajahnya serius. Qaira telan liur. Dia marah ke ni?
“Emm…Abang
mana?” Qaira menyoal kembali.
“Id
mandi,” Riyadh masih tayang wajah ketatanya.
“Err..err”
Qaira sudah hilang kata-kata.
“Awak
stalk saya ke?” buntang biji mata Qaira mendengar tuduhan Riyadh walaupun
memang betul pun dia buat.
“Excuse
me! Mak suruh saya bagi bantal ni dekat abang. Awak ingat saya ni apa nak stalk
orang. Sorry okay,” balas Qaira tegas. Bantal dan selimut ditangan segera
diunjukkan kepada Riyadh. Dia mahu segera berlalu.
“Just
asking. Keji kalau curi dengar perbualan orang lain. Saya rasa orang baik-baik
macam awak tak akan buat benda keji macam tu kan?” berdesing telinga Qaira
mendengar sindiran lelaki itu. Padan muka kau Qaira. Kena sebijik.
“Memang
taklah! Dah lah. Banyak lagi benda saya nak buat. Selamat malam! ,”Qaira terus
angkat kaki. Mukanya sudah merona merah. Dah berapa kali dia memalukan diri di
depan Riyadh. Benci betul.
Tetapi,
fikirannya melayang mengingati perbualan antara Riyadh dan kekasihnya sebentar
tadi. Hmm, patutlah muka ketat aje, girlfriend buat hal rupanya. Kesian…
