Sunday, 21 October 2012

Kasih Milikku 2


SERI menarik nafas panjang. Hatinya betul-betul lega apabila mesyuarat yang sepatutnya berjalan setengah jam lalu dibatalkan secara mengejut. Semuanya disebabkan salah seorang pegawai penilaian yang terlibat dalam mesyuarat itu terpaksa pulang ke rumah kerana salah seorang ahli keluarganya terlibat dengan kemalangan. Maka, mesyuarat itu ditangguh ke waktu lain yang akan dimaklumkan kemudian.
            Pembatalan tersebut memberikan Seri ruang untuk bernafas semula. Sebelum itu puas juga dia berusaha melawan debaran yang berpalu kuat di dada. Mana tidaknya, dia tiba-tiba diamanahkan untuk menggantikan tempat Iris Humayra yang sepatutnya membuat pembentangan di mesyuarat penilaian itu. Gila! Tidak pernah dibuat orang pembantu peribadi menggantikan bos untuk pembentangan.
            Bukanlah dia tidak tahu butir-butir yang perlu dibentangkan dalam mesyuarat itu, Cuma siapalah dirinya untuk mengambil alih tugas Iris Humayra. Dia tidak layak untuk membuat segala keputusan. Kalau hendak catatkan perkara penting memang kerja dia tapi jika berkenaan dengan sebarang keputusan, dia memang tidak boleh terlibat. Sia-sia juga kehadiran dia di situ nanti.
            Kalaulah Encik Bahar yang merupakan penolong pengurus perojek ada di pejabat, pasti dia boleh mengharapkan lelaki itu mengambil alih kerja Iris Humayra. Namun, apakan daya Encik Bahar telah ditugaskan ke Sarawak untuk melihat tapak projek syarikat di sana. Setakat ini yang tahu butir-butir projek ini hanya Iris Humayra, Encik Bahar dan dirinya sendiri. Jadi mahu tidak mahu, dia terpaksa juga melakukan tugasnya yang diamanahkan oleh ketuanya itu.
            Kadang-kadang geram juga dia pada perangai Iris Humayra. Gadis itu memang suka melakukan perkara mengikut kepalanya. Kalau dia suka dia akan buat. Kalau tidak, dia akan serahkan kepada orang lain. Staff di bahagian lain seringkali merungut dengan perbuatan Iris Humayra. Yang menjadi mangsa sudah pasti Seri. Dia yang terpaksa menjawab segalanya bagi pihak ketuanya.
Sebal dia dengan sikap lepas tangan Iris Humayra. Andai ikutkan perasaan, mahu saja dia persoalkan di mana rasa tanggungjawab gadis itu sebagai pengurus projek. Tetapi dia tahu dia tidak layak. Malah kalau dia cuba juga menasihati gadis itu pasti dia akan dimarahi Iris Humayra yang bermulut celupar itu. Sudah banyak kali dia dimarahi oleh gadis itu. Malah, kata-katanya juga adakala menyakitkan hati. Seri sendiri sudah banyak kali berfikir mahu berhenti kerja, namun apabila memikirkan begitu sukar mahu mendapatkan pekerjaan sekarang membuatkan dia membatalkan hasratnya untuk sementara waktu.
            Seri memandang jam di dinding. Waktu sudah beranjak ke pukul 10.30 pagi, namun bayang ketuanya itu langsung tidak kelihatan.
            “Hmm, kejap lagi mahu kena panggil dengan Tan Sri lagi,” bisik Seri sendirian. Pasti pertengkaran terjadi lagi. Bukan dia tidak tahu, setiap kali dua beranak itu berbincang pasti terjadi perbalahan. Seri tahu, Tan Sri Khalif sekadar menasihati Iris Humayra agar berubah sikap. Tapi, anak gadisnya itu terlalu keras kepala. Degil.
            Tan Sri Khalif sendiri pernah bercerita kepada Seri tentang perangai Iris Humayra yang ligat di luar. Berparti hingga lewat malam. Sebab itu dia sering lewat ke pejabat. Berbuih mulut Tan Sri Khalif cuba menyedarkan gadis itu, namun ibarat mencurah air ke daun keladi. Langsung tiada hasil!
            “Daripada aku pening kepala memikirkan masalah diorang, baik aku minum dulu. Lega sikit serabut kepala.” Seri berkira-kira mahu ke pantry yang terletak tidak jauh dari mejanya. Baru saja beberapa tapak dia melangkah, tiba-tiba tumit kasutnya tersadung karpet yang sedikit terselak sehingga dia hilang imbangan badan.
            “Ouch!” Seri membuka mata bila tubuhnya dirasakan tidak jatuh ke lantai. Kali ini dia seakan-akan terpana apabila melihat orang di depannya.
            ‘Ya Allah, pelakon Korea mana pulak ni? Hensemnya!’ hatinya berkata-kata sambil matanya terus menatap wajah di depannya. Debaran sekali lagi kuat menghentam dada. Tetapi kali ini terasa lebih indah.
            “Err cik tak apa-apa?” soalan dari lelaki itu mengejutkan Seri dari lamunannya. Diperhatikan keadaan dirinya. Ya Allah! Macam mana aku tak perasan dia tengah peluk aku?
Kelam kabut Seri membetulkan posisinya. Dia benar-benar malu bila memikirkan keadaan dirinya sebentar tadi. Pipi terasa sudah bertambah tebal 4 inci. Merah apatah lagi. Seketika dia berdehem untuk menenangkan perasaanya.
“Maafkan saya.” Kata Seri.
“Cik tak apa-apa?” soal lelaki itu lagi. Seri pantas menggeleng. Dipandang wajah tampan itu dan sekali lagi hatinya bergetar. Apa kena dengan aku ni?
“Saya tak apa-apa,” balas Seri. “Boleh saya tahu encik ni siapa dan ada hal apa ke sini?” sambungnya.
“Saya Ameer Hussein. Sepatutnya saya ada appointment dengan Tan Sri Khalif pukul 11 pagi ni. Saya sebenarnya tengah cari pejabat dialah.” sopan Ameer Hussein menjawab.
“Oh macam tu. Emm, pejabat Tan Sri cuma depan department ni aje. Encik Ameer cuma kena jalan sikit lagi,” Seri menunjukkan arah. Ameer Hussein tersenyum. Sekali lagi Seri tergamam. Senyuman lelaki ini memang boleh mencairkan hati setiap wanita yang melihatnya.
“Thanks cik…”
“Seri. Nama saya Seri,” Seri memperkenalkan dirinya.
“Thanks Cik Seri. Saya pergi dulu,” Ameer Hussein segera meminta diri dan beredar dari situ. Seri mengangguk. Pandangannya masih melekat ke pintu walaupun bayang Ameer Hussein sudah hilang dari situ.
            “Ameer Hussein,” bisiknya sendiri sebelum senyuman kemudian terukir di bibir.

IRIS HUMAYRA mendengus perlahan. Di depannya terbentang pejabat Tan Sri Khalif. Malas rasanya dia mahu melangkah masuk. Bukan dia tidak tahu, pasti papanya mahu memberikan ceramah percuma atas kelewatannya hari ini. Iris Humayra benar-benar bosan.
            Baru sahaja dia duduk di kerusi empuknya setelah sampai ke pejabat, Seri memaklumkan Tan Sri khalif mahu menemuinya atas urusan penting., Iris Humayra sudah maklum benar ‘urusan’ apa yang dimaksudkan itu. Mahu tidak mahu dia melangkah juga ke pejabat papanya itu.
            Pintu di ketuk sebelum terdengar arahan masuk dari dalam. Iris Humayra masuk dan ketika itu dia mendapati Tan Sri Khalif mempunyai tetamu yang sedang duduk dihadapannya.
            “Ada apa papa nak jumpa Iris?” soal Iris Humayra sebelum sempat Tan Sri Khalif bersuara.
            “Duduk dulu Iris,” arah Tan Sri Khalif.
            “Iris ada banyak kerja lagi yang nak kena selesaikan papa. I hope this wont take a long,” balas Iris Humayra. Dia langsung tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Wajah tetamu yang duduk di depan papanya langsung tidak dipandang. Malas dia mahu berlama di situ.
            “Kalau iye pun duduk la dulu. Selalu Iris tak pernah kisah pasal masa. Why today?” sakit telinga Iris Humayra mendengar sindiran daripada Tan Sri Khalif. Sudahlah depan tetamu pulak tu.
            “Apa papa cakap ni,” bentak Iris Humayra perlahan. Tan Sri Khalif menggeleng perlahan. Pening kepala dia dengan sikap anak gadis tunggalnya itu.
            “I want you to meet our new staff.” Katanya kemudian. “Ini Ameer Hussein, our new project manager,” sambungnya kemudian.
            Lelaki itu bangun dan berpusing ke arah Iris Humayra. Wajahnya berubah. Begitu juga Iris Humayra. Segera perasaan marah yang mulai reda sebentar tadi marak semula. Ameer Hussein terpana.
            “It’s you again? What are you doing here?” kuat suara Iris Humayra seakan mahu bertempik. Ameer Hussein hanya mengangkat bahu.
            “Iris kenal dia?” soal Tan Sri Khalif apabila kedua-duanya seakan mengenali.
            “Kalau papa nak tahu, pasal dia la Iris lambat hari ni.” Balas Iris Humayra. Tan Sri Khalif mengerut dahi tanda tidak mengerti. “Dia ambil parking Iris dah tu tak nak mengalah,” Iris Humayra terus mengadu kepada papanya.
            “It’s just misunderstanding Tan Sri. Salah saya terambik parking cik Iris.” Ameer Hussein berkata tenang. Entah kenapa dia langsung tidak takut walaupun Iris Humayra beria-ia mengadu kepada Tan Sri Khalif.
            “Hmm, perkara kecik aje Iris. Buat apa nak besar-besarkan,” tegur Tan Sri Khalif pula.
            “Perkara kecik papa cakap. Kalau tak pasal dia, Iris tak lambat sampai macam ni tau,” Iris Humayra masih cuba mempertahankan dirinya.
            “Jangan salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri. Kalau tak pasal parking pun, Iris memang dah lewat sampai kan? You always do,” ujar Tan Sri Khalif. Dia tidak senang dengan perangai Iris Humayra yang meletakkan kesalahan pada orang lain. Padahal dia sendiri yang terlewat.
            Iris Humayra mendengus. Apatah lagi apabila melihat Ameer Hussein tersenyum sinis seolah-olah mentertawakan dirinya.
            “Papa memang selalu menangkan  orang lain daripada anak sendiri. Dia ni siapa yang papa nak masuk sebelah dia?” Balas Iris Humayra. Mukanya merah menahan marah.
            “Cik Iris, saya rasa Tan Sri tak bermaksud macam tu dan kalau perbuatan saya tadi menyinggung perasaan awak, saya minta maaf. I’m very sorry,” kata Ameer Hussein cuba meredakan perbalahan antara dua beranak itu yang terjadi disebabkan dia.
            “You shut up. Tak ada siapa yang tanya pendapat awak,” tengking Iris Humayra.
            “Iris,” tempik Tan Sri Khalif. Iris Humayra memang melampau. Hari pertama Ameer Hussein masuk ke syarikat ini, dia sudah dihidangkan dengan perangai Iris Humayra yang menjengkelkan.
Seketika suasana sepi di dalam bilik Tan Sri Khalif. Dia kemudian menekan Interkom. “Alissa, masuk sekejap,” arah Tan Sri Khalif. Tidak lama kemudian Alissa, setiausaha Tan Sri Khalif masuk.
“Alissa, tolong kenalkan Ameer Hussein pada staff lain dan tunjukkan tempatnya,” Alissa mengangguk faham. “Ameer, we’ll talk later. Alissa akan tunjukkan tempat awak,” katanya kepada Ameer Hussein kemudian.
“Baik Tan Sri,” balas Ameer Hussein pendek. Dia mengikut langkah Alissa. Tapi sempat juga dia merenung wajah Iris Humayra yang masam mencuka. Sayangnya, muka cantik. Tapi perangai macam mak lampir.

 “KENAPA Iris jadi macam ni? Papa tak pernah ajar anak papa jadi kurang ajar macam ni?” suara Tan Sri Khalif kedengaran kecewa.
“It’s not about me papa. Tapi sebab lelaki tu. Dia yang salah, tapi Iris juga yang papa salahkan. Kenapa papa?”
“Papa tak masuk sebelah sesiapa baik Ameer mahupun Iris sendiri. Salah tetap salah. Papa akan tegur kalau papa rasa benda tu patut ditegur,” jelas Tan Sri Khalif. Geram juga dia dengan perangai anaknya yang keras kepala itu.
            “Yeah right,” Iris Humayra memeluk tubuh. “And did I hear you mention about new project manager just now? I thought we already got enough here,” Ameer Hussein sebagai pengurus projek yang baru? Rasanya pengurus projek di Puncak Sinar sudah mencukupi. Jadi apa pula keperluan lelaki itu di sini?
            “Puncak Sinar semakin berkembang Iris. Projek semakin banyak yang masuk. Papa rasa memang kita perlukan tenaga pekerja yang ramai untuk pastikan setiap projek berjalan lancar,” terang Tan Sri Khalif.
            Iris Humayra senyum sinis. “Layak ke dia?”
“Kalau papa rasa dia tak layak, Iris rasa papa nak ambik dia kerja dekat sini? Dia lebih daripada layak sebenarnya. Kalau nak dibandingkan denga staff kita yang lain, pengalamannya dalam bidang ni lebih meluas. Iris tahu State Empire?” Tan Sri Khalif menyoal. Iris Humayra mengangguk.
“Salah satu company yang melaksanakan projek mega di United Kingdom? Apa kena mengena pulak denganAmeer tu?”
“Ameer pernah bekerja di State Empire hampir 3 tahun. Papa rasa dengan pengalaman yang dia dapat dekat sana, it going to give us an advantage in developing Puncak sinar,” KATA Tan Sri Khalif.
“Hmm, dah dapat kerja kat company bagus, buat apa balik sini? Stay ajelah kat sana” soal Iris Humayra.
“Dia ada alasannya sendiri. Itu papa tak nak campur. Apa yang penting Ameer akan ambil alih projek Megah Jaya. Iris boleh teruskan dengan projek yang lain,” ujar Tan Sri Khalif.
“What? Kenapa pulak papa bagi projek tu pada dia. Projek tu bawah seliaan Iris.” Iris Humayra membangkang.
“Papa tahu tu. Papa Cuma nak kurangkan beban Iris. Lagipun, banyak projek yang Iris pegang. Kalau Ameer uruskan projek tu, Iris boleh bagi tumpuan pada projek lain,” pujuk Tan Sri Khalif.
“Papa ingat Iris tak mampu nak handle ke?” Iris Humayra merasakan kemampuannya diragui.
“Bukan macam tu, as I said before, papa cuma nak kurangkan beban Iris.” Tan Sri Khalif bersandar ke kerusi.
“Iris boleh uruskan semua. Papa tak perlu serahkan projek tu pada orang lain. I can do it,” Iris Humayra cuba menyakinkan papanya. Tan Sri Khalif menarik nafas panjang.
“Iris, cubalah faham. Macam mana Iris nak handle semuanya kalau Iris tak mampu nak uruskan diri Iris sendiri. Papa tak nak jadi macam tadi, datang lewat untuk mesyuarat penting. Iris ingat benda ni main-main that you can take thing for granted.” Tegas Tan Sri Khalif berkata.
“So, this is the reason. Papa ingat Iris main-main ke buat kerja? Sebab Iris lambat sekali, papa dah tak percaya pada Iris?” Iris Humayra mula sakit hati.
“Sekali? Papa rasa dah berkali-kali Iris lambat. Prestasi kerja Iris memang berada bawah standard yang ditetapkan. Tapi, I still give you a chance because you are my daughter. Tapi, Iris tak pernah berubah,” Tan Sri Khalif kesal.
Iris Humayra terdiam. Memang dia tahu tentang perkara itu. Tapi, dia hanya mahu menghilangkan tekanan. Salah ke?
“Iris tahu tu tapi Iris cuma nak hilangkan stress kerja. Semua kerja Iris siap. Salah ke papa?” Iris membals dengan soalan kembali.
“Tak salah tapi Iris menyusahkan orang lain. Itu yang papa kesalkan,” jawab Tan Sri Khalif. “Dah, apa pun alasan Iris, papa nak Iris serahkan semua dokumen berkenaan projek Megah Jaya pada Ameer. Yang lain papa akan ururskan,” sambungnya memberi arahan.
Iris Humayra mendengus. “Papa memang tak adil,” katanya sebelum laju melangkah keluar dari bilik Tan Sri Khalif. Geramnya pada Ameer Hussein tidak terkata. Padanya, lelaki itulah punca segalanya. Dalam dia, dia mula menganggap Ameer Hussein sebgai musuhnya. 

Saturday, 20 October 2012

Suka-Suka :)





Sekadar selingan dihujung minggu..Suka sangat lagu ni..very nice..
Enjoy Guys!!!

Sunday, 16 September 2012

Blog bersawang!!!

Assalamualaikum....

Dah lama benar tak update entry dalam ini blog. Dah penuh sawang dah. Start dari bulan puasa sampai dah habis syawal dah, tak habis2 dengan kerja.(ke sebab malas nak update..huhu).
Sebenarnya, hajat hati memang nak udate tapi bila nak buat aje ada je masalah yg timbul.

InsyaAllah, lepas ni saya akan cuba mengupdate entry seterusnya dengan penuh semangat. Thanks yg sudi melawat. Harap2nya dapatlah bagi sokongan pada saya..

Apa pun terima kasih banyak2...Lots Of Love...:)


Tuesday, 17 July 2012

Salam Ramadhan


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

SEMOGA BULAN RAMADHAN INI MEMBERI KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA INSYAALLAH. 
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.

Sunday, 15 July 2012

Kasih Milikku 1


KRING!!KRING!!
Jam yang sedang berbunyi nyaring dicapai lalu ditutup. Iris Humayra menarik bantal disisinya lalu menutup telinga dan meneruskan lenanya. Matanya terlalu sukar untuk dibuka. Maklumlah, hampir pukul 3 pagi baru dia sampai ke rumah setelah bersuka ria di majlis hari jadi  Marissa semalam. Seketika dia berasa tenang dalam tidurnya.
            Dum!dum! giliran pintu bilik pula diketuk. Iris Humayra merengus. Kenapalah semua orang tak boleh tengok dia senang sikit. Nak tidur pun tak boleh! Kali ini selimutnya pula ditarik menutup sekujur tubuhnya.
            Dum! Dum! Dum! Ketukan yang berterusan akhirnya membuatkan Iris Humayra terpaksa membuka mata. Dia kemudian melangkah longlai ke muka pintu. Tersembul wajah Mak Kinah setelah pintu dibuka.
            “Ada apa Mak Kinah ni? Orang nak tidur pun tak boleh. Kacaulah!” kasar bahasa yang dituturkan Iris Humayra namun Mak Kinah sudah lali dengan karenah gadis yang berusia 25 tahun itu.
            “Iris tak pergi kerja ke? Papa Iris dah 2 kali call Mak Kinah pagi ni. Dia suruh Mak Kinah kejutkan Iris sebab pagi ni ada mesyuarat penting katanya,” ujar Mak Kinah. Ternyata kata-kata Mak Kinah berjaya menghilangkan rasa kantuk yang bersarang di mata Iris Humayra.
            “Hah? Dah pukul berapa ni Mak Kinah?” Iris Humayra berlari ke katil dan mencapai jam di atas meja berhampiran. “Pukul 8! Mesyuarat pukul 9. Kenapa Mak Kinah tak kejut Iris? Mak Kinah ni memang tak boleh harap la!” sempat dia memarahi Mak Kinah sebelum berlalu bagaikan lipas kudung ke bilik air.
            Mak Kinah menggeleng-geleng kepalanya. Sampai bila kau nak jadi macam ni Iris?

KESESAKAN jalan raya di Kuala Lumpur memang tidak pernah surut. Iris Humayra memicit-micit kepalanya. Dia sudah terlewat benar. Pasti sekejap lagi Tan Sri Khalif akan menyemburnya. Walaupun Tan Sri Khalif itu bapanya, tetapi kalau sudah acap kali kesalahan ini dilakukan, siapa yang mampu bersabar. Sudahlah ini mesyuarat penilaian ini penting, pasti teruk dia dimarahi nanti.
            Iris Humayra makin tertekan bila melihat jam di dashboard. Apatah lagi telefon bimbitnya sedari tadi berbunyi tidak henti-henti. Semuanya panggilan daripada pembantunya, Seri juga siapa lagi kalau bukan bapanya, Tan Sri Khalif.
            Lagu We Found love dendangan Rihanna berkumandang dari telefon bimbitnya lagi. Dengan malas dia menekan butang dan menjawab panggilan tersebut.
            “Hello Seri,” Jawab Iris Humayra.
            “Hello. Cik Iris dekat mana ni? Tan Sri dah bising. Everybody is already here,” Seri bersuara cemas. Iris Humayra mengeluh.
            “Saya stuck dekat LDP ni. Jem teruk. Boleh tak awak tolong handle sekejap meeting tu? I will try to get there as soon as possible.” Iris Humayra memberi arahan.
            “Saya  handle meeting ni, cik Iris?” Seri seolah-olah tidak percaya.
            “Yes, why not? Bukan awak tak tahu pasal butir-butir kontrak tu. Awak yang tolong saya siapkan semua dokumennya bukan?” balas Iris Humayra. Itu sahaja yang idea yang dapat dia fikirkan buat masa ini. Kalau tunggu dia sampai memang kena tunda lagi mesyuarat penilaian itu.
            “Sebenarnya Cik Iris, saya tak berapa yakin…”
            “You have to be confident. Saya tak tahu berapa lama lagi saya akan sampai. Saya cuma boleh harapkan awak aje sekarang,” pujuk Iris Humayra.
            “Tapi, Cik Iris…” Seri masih lagi serba salah. Sebarang kesilapan boleh merugikan syarikat.
            “Do it as I say, Seri. This is an order,” tekan Iris Humayra. Kedengaran keluhan disebelah sana.
            “Ok Cik Iris. I’ll try my best.” Apabila arahan sudah dikeluarkan, suka atau tidak Seri terpaksa bersetuju.
            “Good. Best of luck. I’ll be there. Bye,” Iris Humayra terus mematikan talian. Hanya Seri menjadi harapannya sekarang.
            Kereta Iris Humyra berpusing-pusing di tempat parkir hampir 15 minit. Semua petak penuh dengan kereta. Iris Humayra mendengus.
            “Time aku nak cepat ni lah susah nak cari parking,” rungutnya sendiri. Akhirnya setelah puas mencari, dia ternampak sebuah kereta sedang berundur keluar dari sebuah petak parkir. Secepat kilat dia memusingkan stereng ke arah kereta itu. Setelah kereta itu keluar, Iris Humayra bersedia untuk menekan pedal minyak keretanya. Namun, belum sempat dia berbuat begitu, ada kereta lain yang lebih pantas mengambil kotak parkir itu. Terpana Iris Humayra dibuatnya. Namun, hanya seketika sebelum hatinya mula panas dengan situasi itu. Asap bagaikan keluar dari  kedua-dua belah telinganya. Iris Humayra keluar dari keretanya dan berjalan ke arah kereta itu.
            Pemandu kereta yang juga seorang lelaki itu sudah keluar dari keretanya.
            “Excuse me!” panggil Iris Humayra. Lelaki itu berpaling ke arahnya.
            “Yes?” soal lelaki itu.
            “Ini tempat parking saya. Tolong keluarkan kereta awak,” arah Iris Humayra. Lelaki iu mengangkat kening sebelah. Dia kemudian menjenguk-jengukkan kepalanya ke kotak parking itu.
            “Saya tak nampak pulak kalau ada tulis nama sesiapa kat sini,” balas lelaki itu selamba.
            “Memanglah tak ada tulis nama saya tapi awak tak nampak ke saya dah tunggu sini dari tadi lagi masa kereta tu nak keluar. Awak yang suka-suka hati datang terus rampas kotak parking ni. Sekarang ni saya nak awak keluarkan kereta awak. Ini tempat parking saya!” tegas Iris Humayra berkata.
            Lelaki itu tidak menjawab. Dia hanya memandang wajah Iris Humayra yang kemerah-merahan menahan marah.
            “Tolong bagi kerjasama. Saya dah lambat ni,” Iris Humayra bercekak pinggang. Dia tambah bengang apabila mendapati lelaki it uterus-terusan merenung wajahnya. “Hello,” dia melayang-layangkan tapak tangannya di depan muka lelaki itu.
            Tersedar dari perlakuannya, lelaki itu berdehem seketika. Aduh, buat malu aje, bisisknya sendiri. Dia memandang wajah kelat Iris Humayra. Mungkin dia tak perasan aku renung muka dia tadi.  
            “Well, siapa cepat dia dapat. Awak mesti pernah dengar pepatah tu kan? So dalam kes ni, saya dapat parking dulu, jadi parking ni saya yang punya” jawab lelaki itu.
            “Awak ni pekak ye? Saya yang dapat dulu tempat ni. Sekarang ni jangan cakap banyak. Saya pun tak ada masa nak layan karenah awak. Alihkan kereta awak sekarang!” suara Iris meninggi. Sakit hati dia melayan mamat di depannya ini. Walaupun berwajah tampan namun perangainya sungguh menyakitkan hati. Langsung tidak padan dengan wajahnya.
            “Awak ingat saya suka dengar awak membebel pagi-pagi ni? Dah macam nenek tua tak cukup makan aje.” kata-kata sinis lelaki itu ternyata berjaya memancing kemarahan Iris Humayra.   
            “Hey, mulut tu jangan kurang ajar ye. Dah la curi parking orang, kata kita nenek tua pulak. Awak ingat muka awak tu hensem sangat. Tukang kebun saya lagi hensem berganda-ganda dari awak tau,” balas Iris Humayra. Ambik kau!
            Kurang asam perempuan ni, muka aku yang macam hero korea ni disamakan dengan tukang kebun aje.bisik lelaki itu dalam hati.
            “Hmm, bertengkar dengan orang yang tak bertamadun macam awak ni memang buang masa tau. Saya tak nak jadi tak bertamadun macam awak. I have better things to do. So, excuse me,” lelaki itu menyarung rayban dan meninggalkan Iris Humayra yang terpinga-pinga disitu.
            “Siapa yang tak bertamadun? Hey awak nak pergi mana tu ha? Alihkan kereta awak dulu!” jerit Iris Humayra. Namun, semua itu hanya sia-sia. Lelaki itu sudah pun masuk ke perut lif. “Tak guna punya jantan,” kata Iris Humayra perlahan. Dadanya turun naik menahan geram. Nafasnya kemudian ditarik dalam-dalam. Ketika itu muncul idea jahat dalam fikirannya. Bibirnya mula mengukir senyum nakal. Penuh dendam. Siaplah kau!


           
           
            

Tuesday, 10 July 2012

Salam

Dah lama tak updaye entry...Saya agak sibuk dengan aktiviti sekolah.Bila balik rumah mata dah tak boleh angkat. Tapi, InsyaAllah tak lama lagi saya akan post entry untuk novel terbaru saya. Tajuk masih belum ada tapi jalan cerita sudah dirangka.

Bad News kepada pembaca novel Cinta, Kasih Kita.

Pendrive saya yg memuatkan semua bab novel ni dah hilang...huhu(sedih bangat nih). softcopy dalam lap top pun saya tak simpan. Memang cuai betul. Jadi, saya mungkin akan memberhentikan seketika penulisan novel ini.

I'm very sorry for any convenient....

Saturday, 26 May 2012

Cinta, Kasih Kita 13

“MAK CIK, nasi ayam dara satu.” Rania melemparkan senyuman kepada Hajar, peniaga nasi ayam itu. Setiap kali datang ke pasar malam yang terletak dekat kawasan rumahnya ini, pasti dia dan Misha akan singgah dan membeli makanan tersebut. Nasi ayam dara makanan kegemaran Misha.
“Kejap ye. Eh, seorang je? Kawan mana?” soal Hajar. Dia sudah mengenali pelanggan tetapnya ini. Selalunya Rania akan datang berdua bersama Misha. Malam ini dia berseorangan saja kerana Misha masih belum pulang dari kerja. Ada kerja penting yang perlu disiapkan. Tetapi, Misha awal-awal lagi sudah memesan kepada Rania supaya membeli makanan kegemarannya itu jika dia berkunjung ke situ.
“Malam ni saya datang seorang aje. Misha tak balik kerja lagi,” ujar Rania. Hajar mengangguk-angguk sambil tangannya lincah membungkus makanan.
“Nasi ayam dara siap.” Rania menyambut bungkusan yang dihulurkan kepadanya. Selesai membeli, dia singgah pula di gerai-gerai lain. Sekadar melihat-lihat barangan yang dijual sementelah makanan dan barangan yang diperlukan sudah diperolehi.
            Waktu sudah beranjak ke angka 9.00 malam. Rania mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Lagipun, dia terus ke pasar malam setelah pulang dari kerja sebentar tadi. Sengaja dia pulang agak lewat hari ini kerana mahu menyiapkan kerja-kerjanya yang masih terbengkalai.
            Terdapat jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke kawasan rumahnya. Rania agak kecut perut untuk melaluinya kerana persekitarannya agak sunyi dan lengang. Selalunya dia bersama Misha, jadi perasaan takut itu agak berkurangan. Tetapi, malam ini mahu tidak mahu dia harus melaluinya juga.
            Rania mula mengatur langkah. Baru beberapa tapak dia, dia berhenti, terasa bagaikan ada orang sedang berjalan dibelakangnya. Dia menoleh. Tiada sesiapa. Rania malas ambil pusing. Langkah diatur semula. Tetapi, sekali lagi dia terasa ada orang mengekorinya. Rania berpaling ke belakang. Masih tiada sesiapa. Dia mula tidak sedap hati. Jantung mula berdegup laju. Rania hayun kaki laju-laju. Di kepalanya sudah terbayang macam-macam. Sekarang dia mahu cepat-cepat sampai ke rumah.
            Derap langkah kedengaran dibelakangnya. Rania tidak mahu menoleh lagi. Dari berjalan dia sudah mula berlari-lari anak. Takut sungguh.
            “Awak…” Rania hampir terjelepok bila bahunya terasa disentuh. Namun, dikuatkan semangat. Beg yang berada di tangannya di hayun sekuat hati ke muka orang yang menyentuhnya. 
            “Aduh!”
            Rania tidak menunggu lama sebelum buka langkah seribu. Takut ditangkap semula oleh lelaki itu.
            “Awak, tunggu dulu. Saya bukan orang jahat. Saya cuma nak pulangkan barang awak,” Rania terhenti apabila lelaki itu memegang lengannya kejap. Entah bila dia sampai dekat dengan rania. Laju betul langkahnya. Tetapi, apa hendak dihairankan, lelaki itu tinggi lampai. Dua tiga langkah sahaja dia sudah berjaya menyaingi Rania yang kecil molek itu.
            “Lepaskan saya. Jangan apa-apakan saya,” Rania meronta. Ya Allah, selamatkanlah aku.
            “Awak, janganlah macam ni, saya bukan orang jahat,” pujuk lelaki itu.
            “Tolong…” Rania cuba menjerit namun mulutnya pantas ditutup tangan lelaki itu.
            “Awak, tolong jangan jerit. Saya tak akan apa-apakan awak. Saya akan lepaskan awak kalau awak janji awak tak jerit,” kata lelaki itu lagi. Rania mengangguk-angguk. Perlahan-lahan dia dilepaskan. Dia berpaling melihat wajah lelaki itu. Macam pernah tengok, tapi entah di mana, dia kurang pasti. Rania berundur beberapa langkah ke belakang.
            “Maafkan saya. Bukan niat saya nak takutkan awak,” ujar lelaki itu. “Saya Ian Rafique.” Tangan dihulur tetapi Rania enggan menyambutnya. Ian Rafique menarik kembali tangannya. Malu!
            “Apa awak nak sebenarnya?” soal Rania. Dia malas mahu melayan lelaki ini. Mahu sahaja dia berlari, tetapi bimbang pula dicekup sekali lagi. Siapa tahu apa lagi yang mahu dibuatnya.
“Awak ingat saya lagi tak? Kita pernah jumpa dulu,” balas Ian Rafiq. Rania cuba mengingati raut wajah Ian Rafiq. Namun, dia langsung tidak mengingati apa-apa.
“Maaflah. Saya susah sikit nak ingat muka orang.” Rania berterus terang.
“Awak ingat tak sebulan yang lalu, kita pernah berlanggar dekat Mid Valley. Masa tu awak jatuh atas saya,” Ian Rafiq bersungguh-sungguh mengingatkan gadis itu.
Rania kerut kening. Langgar? Jatuh? Mid Valley? Perlahan-lahan banyangan masa itu kembali ke dalam akal fikirannya. Pipinya mula memerah. Malu jatuh atas orang. Lelaki pulak tu! Rania masih ingat dia lari dari Baihaqi ketika itu. Akibat terlalu tergesa-gesa, dia telah terlanggar pemuda ini.
“Err…ingatlah kot sikit-sikit. Kenapa?” Rania  membuang pandang ke arah lain. Segan mahu menatap wajah Ian Rafiq.
“Awak ada hilang apa-apa barang tak masa tu?” soal Ian Rafiq kembali. Rania berfikir-fikir sendiri. Apa yang hilang? Seingatnya hanya satu benda yang hilang semasa kejadian itu. Gelang tangan pemberian Baihaqi. Gelang itu ada bersama lelaki ini ke? “Awak hilang gelangkan?” belum sempat Rania berkata apa-apa, Ian Rafiq terlebih dahulu bersuara.
Perlahan Rania mengangguk.
“Gelang tu ada dengan awak?” Rania meminta kepastian. Dia mahukan kembali gelang itu. Dia mahu menyimpan kenangan cinta Baihaqi walaupun dia sering menyatakan mahu melupakan segala-galanya. Ternyata dia tidak boleh. Segala yang berkaitan dengan Baihaqi adalah cukup bermakna baginya.
“Awak jangan risau, gelang tu saya simpan,” ujar Ian Rafiq. Rania menarik nafas lega. Dia akan mendapat semula gelangnya.
“Boleh awak bagi dekat saya balik?” Rania menghulur tapak tangannya.
“Err…ada masalah sikit.” Ian Rafiq menggaru dagunya. Rania kerut dahi. “Saya simpan gelang tu dekat studio. Maknanya kita kena jumpa lagilah lepas ni, kalau awak nak balik gelang tu,” sambung Ian Rafique kemudian.
Rania mengeluh hampa. Baru rasa lega tadi.
“Macam tu pulak ke?” soal Rania. Ian Rafiq mengangguk. Rania terdiam. Kalau boleh dia tidak mahu ada pertemuan lagi selepas ini. Biarlah segalanya selesai malam ini juga.
“Tak boleh ke awak pergi ambil dekat studio awak tu?” Rania bertanya penuh harapan.
“Kalau dekat dah lama saya ambil. Tapi studio saya jauh, dekat Ampang,” balas Ian Rafiq.  Rania masih cuba mencari penyelesaian. “Awak?” panggil Ian Rafique apabila melihat Rania masih terdiam.
“Nak buat macam mana lagi. Nampaknya saya kena jumpa awak lagilah lepas ni,” jawab Rania. Pening hendak buat keputusan sebenarnya. Ian Rafiq tersenyum.
“Kalau macam tu, boleh awak bagi nombor telefon awak? Senang saya nak call bila nak pulangkan nanti,” pinta Ian Rafiq. Dia sudah bersedia dengan telefon di tangan.
“Nak kena bagi nombor telefon ke? Apa kata malam esok awak bagi dekat saya. Kita jumpa dekat sini tepat 8.00 malam. Boleh?” Rania mengusulkan cadangan. Dia tidak selesa memberikan nombor telefonnya pada orang yang tidak dikenali. Bukan dia tahu niat sebenar lelaki ini.
“I’m afraid I could’t make it. Esok saya kena pergi out station. Saya pun tak tahu bila saya balik. Sebab tu saya mintak awak bagi nombor awak supaya senang saya cari awak bila kerja saya dah selesai nanti,” Ian Rafiq bersungguh-sungguh menjelaskan situasinya.
Rania diam sekali lagi. Akhirnya dia bersetuju juga memberikan nombornya kepada Ian Rafique. Itu pun setelah berfikir dia tiada pilihan lain.
“Baiklah. Saya bagi nombor pada awak tapi ingat saya nak balik gelang saya tu. Kalau boleh secepat mungkin,” Rania berkata tegas. Ian Rafiq menganguk-angguk dengan wajah selamba.
            “Nombornya?” Ian Rafiq tersengih.
            “ 012-3329817,” kata Rania.
            Lajunya! Kelam kabut Ian Rafiq menyimpan nombor itu di telefon bimbitnya.
“Nama?”
            “Rania”
            “Sedap nama,” puji Ian Rafiq namun Rania langsung tidak memberi reaksi.
“Saya nak balik dulu,” Rania meminta diri.
            “Nak saya temankan?” soal Ian Rafiq menawarkan diri.
            “Tak perlu! Saya boleh balik sendiri!” Rania berkata tegas sebelum cepat-cepat beredar dari situ. Ian Rafiq memerhati kelibat Rania yang semakin menjauh. Senyuman mula mekar di bibirnya.
            Siapa sangka pertemuan dengan kliennya di sini membawa tuah. Dia bertemu dengan Rania, gadis yang menjadi igauannya sejak sebulan lalu. Fikirnya, dia tidak akan bertemu lagi dengan Rania, namun kuasa Allah, siapa mampu menduga. Ketika singgah di pasar malam tadi, dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Rania sedang membeli makanan dan dia juga memasang tekad, kali ini gadis itu akan didekati. Dia mahu mengenali Rania, mahu mengetahui segala-galanya mengenai gadis itu.
            Sengaja dia berkata dia tertinggal gelang di studio, walhal gelang itu sentiasa berada bersamanya. Malah, dia tidak perlu ke mana-mana pun esok. Semua itu dilakukan kerana dia tahu pasti Rania tidak mahu bertemunya lagi, jika dia terus memberi gelang itu pada malam ini.
            Ian Rafiq tahu dia sudah menipu tetapi perbuatannya bersebab. Dia mahukan pertemuan seterusnya dengan Rania. Tipu sunat orang kata. Ian Rafiq sengih lagi.


Baihaqi melihat wajahnya di cermin. Titis-titis air yang terdapat diwajahnya dilap dengan tuala kecil. Rambutnya yang lembab juga dikeringkan. Dia baru selesai mandi. Hari ini seharian dia menemani Datin Afifah ke rumah saudara mereka di Tanjung Malim.
            Sungguh, jika dia tahu Datin Afifah sengaja mengajaknya ke situ untuk memperkenalkan dia dengan anak gadis saudara mereka itu, pasti dia akan menolak. Tidak sanggup dia menghadiri pertemuan jodoh ini. Naik bosan dibuatnya.
            Semasa di Tanjung Malim tadi, sengaja dia dibiarkan bersama Nadira, anak saudara mereka. Kononnnya untuk saling mengenali. Tetapi, lain pula hal yang terjadi. Nadira agak agresif orangnya. Dia benar-benar melayan Baihaqi sehingga rimas dibuatnya. Ke mana sahaja asyik mengekor. Datin Afifah pula hanya tersenyum melihat mereka berdua sedangkan dia rasa mahu angkat kaki ketika itu juga.
            Semasa dalam perjalanan pulang tadi, Datin Afifah beriya-iya mengatakan yang Baihaqi dan Nadira sangat serasi. Baihaqi kacak dan Nadira yang cantik sangat sesuai bergandingan. Bagai merpati dua sejoli. Kalau boleh,  Datin Afifah mahu menjodohkan mereka secepat mungkin. Aduh, Baihaqi terasa otaknya seakan migrain mendengar cadangan ibunya itu.
Sukarnya terasa bila soal teman hidup dibangkitkan. Bukan mahu menolak tetapi hatinya telah tersangkut dengan si Rania. Buatlah apa sekali pun, tetap juga Rania yang diingininya.
 Baihaqi berbaring di katil. Matanya memandang Siling. Mengapa hati Rania terlalu keras? Macam-macam cara yang dilakukan, langsung tidak berbekas di hati gadis itu. Bunga, coklat dan macam-macam lagi yang dihadiahkan pada Rania, namun semuanya tidak dilayan. Kadang kala Baihaqi jadi lelah dengan sikap Rania yang kepala batu. Putus asa pun ada. Tapi, bila saja matanya memandang wajah Rania yang mulus, terus dia bersemangat semula. Begitu sekali penangan Rania padanya. Mungkin dia perlu mencari startegi baru untuk memikat kembali hati Rania.
Hmm, kena cari Ian ni. Kalau bab-bab ni memang kepakaran dia, Baihaqi bermonolog. Telefon bimbit dicapai dan nombor Ian Rafiq didail.
“Hello, bro! apahal cari aku malam-malam ni? Nak belanja makan ke?” soal Ian Rafique sebelum sempat Baihaqi memulakan bicara.
“Asyik makan aje kau ingat. Perut kecik tapi kuat makan,” bebel Baihaqi. Terdengar Ian Rafiq ketawa disebelah sana.
“Well, rezeki jangan ditolak. Orang nak belanja, aku terima ajelah.” Tukas Ian Rafiq.
“ Banyaklah jawapan kau. Eh, lunch dengan aku esok. Ada hal aku nak bincang dengan kau.” Baihaqi terus ke tujuan utama dia menghubungi sahabatnya itu.
“Macam penting aje?” teka Ian Rafiq.
“Pentinglah jugak.”
“Tak boleh beritahu sekarang ke?” soal Ian Rafiq.
“Tak boleh. Kena face to face baru senang nak cerita,” terang Baihaqi.
“Ada-ada aje kau ni Haq. Cakap ajelah, kau rindu nak tengok muka aku yang hensem ni.”Ian Rafiq bantai gelak. Baihaqi menggeleng. Bercakap dengan Ian Rafiq kadangkala memang memeningkan. Ada sahaja bahan yang dibuat lawak. Dasar pak lawak tak bertauliah!
“Ha’ah. Rindu gila ni. Ingat lunch esok. Kalau tak datang, siaplah kau,”ugut Baihaqi.
“Wah, ni betul punya rindu ni,” Ian Rafiq ketawa lagi. “Oklah bro. Kita jumpa esok. Bye,” talian diputuskan. Baihaqi memandang telefon. Ceh, tak reti-reti nak bagi salam Ian ni! Rungutnya sendiri.
Baru saja Baihaqi mahu merebahkan tubuh kembali ke katil, telefon bimbitnya berdering. Dengan malas, dia mencapai  telefonnya dan memandang skrin. Suhaila?
Kenapa pula Suhaila menghubunginya malam-malam begini. Butang hijau ditekan.
“Assalamualaikum,” jawab Baihaqi.
“Waalaikumsalam. Haq, you dah tidur ke?” soal Suhaila. Suasana kedengaran agak bising di sebelah sana.
“Not yet. Ada apa you call I malam-malam ni?” giliran Baihaqi pula menyoal. Sebetulnya dia kurang gemar diganggu jika bukan waktu bekerja.
“ Sebenarnya tak ada apa-apa. Cuma, I ingat… nak ajak…you keluar dengan I malam ni. Boleh ke?” teragak-agak Suhaila bertanya. Berharap benar dia Baihaqi akan bersetuju.
“Actually, I baru balik dari luar daerah ni. So, I was a bit tired. I harap you faham,” ujar Baihaqi berhati-hati. Bimbang Suhaila kecil hati.
“Oh. I see. It’s okay. Next time maybe,” balas Suhaila hampa. Entah kenapa seharian tidak melihat wajah Baihaqi membuatkan rasa rindu menggebu di dalam dada.
“Yeah, maybe. Kalau tak ada apa lagi, I nak tidur dulu,” kata Baihaqi.
“Okay. Good Night. Sweet dream,” ucap Suhaila. Usai memberi salam, talian diputuskan. Baihaqi melepaskan keluhan. Dalam sebulan ini dia dapat merasakan Suhaila ada menyimpan perasaan terhadapnya. Gadis itu sering memberikan layanan istimewa terhadapnya. Malah, sering juga hadiah dihulurkan padanya. Baihaqi menolak dengan baik namun kadangkala diterimanya juga untuk menjaga hati Suhaila.
Suhaila memang cantik, baik dan berketrampilan dalam caranya yang tersendiri. Tetapi, apakan daya hati Baihaqi sudah ada yang punya!

SUHAILA memandang telefon di tangannya. Kehampaan terus bergayutan dalam hatinya. Lagu ‘Give Me Everything’ nyanyian Neyo yang memenuhi ruang pusat hiburan All Loud itu langsung tidak memberi kesan kepada Suhaila. Dia sebenarnya resah apabila tidak dapat melihat seraut wajah yang semakin bertakhta di lubuk hatinya itu. Suhaila benar-benar tergilakan Baihaqi.
            Saat itu bahunya terasa disentuh. Suhaila menoleh.
            “Hey, kenapa dengan you ni? Cheer up baby. Jom menari,” Syamil duduk di depan Suhaila yang masih muram.
            “Malaslah. You pergilah menari sendiri,” Suhaila menolak.
            “Come on, Sue. What happened to you. Selama ni you tak pernah menolak bila I ajak menari. Kan menari tu terapi bagi you. Jomlah temakan I,” Syamil menarik tangan Suhaila.
            “I’m not in a mood right now, Mil!” bentak Suhaila. Bengang bila dipaksa-paksa. Syamil mengangkat bahu. Dia kembali duduk di depan Suhaila. Wajah gadis itu direnung. Suhaila tidak pernah seperti ini. Dia sentiasa ceria walau apa jua masalah yang mendatanginya.
            “Kenapa dengan you ni? got any problem?” soal Syamil. Suhaila tidak menjawab. Pandangannya dilemparkan ke arah pengunjung All Loud. Semakin ramai yang datang apabila waktu semakin beranjak ke tengah malam. “Hey, tell me. Mana tahu I boleh tolong,” pujuk Syamil lagi. Suhaila melihat Syamil sekilas sebelum melepaskan keluhan.
            Apa yang Syamil boleh tolong kalau dia bercerita sekalipun? Bukan dia tidak tahu gaya hidup lelaki itu. Dia bukan faham akan makna cinta. Baginya cinta hanya permainan. Nafsu yang sering menjadi keutamaan. Tetapi, Suhaila selesa berkawan dengan Syamil kerana lelaki itu sering memahami dirinya.
            “You tak akan boleh tolonglah masalah I ni.” Suhaila meneguk minumannya.
            “You belum pun cerita kat I lagi and you dah assumed macam-macam.” Kata Syamil. Suhaila senyum sinis. “Come on tell me. Kalau I tak boleh tolong pun, at least I can be your listener,” pujuk Syamil lagi. Suhaila melihat Syamil yang sedang menunggu didepannya.
            Mungkin dia patut bercerita segala yang tersirat di hatinya. Sekurang-kurangnya dia akan berasa lebih lega.
            “I’m in love with someone,” ujar Suhaila pendek dan kata-kata Suhaila itu membuatkan  dahi Syamil berkerut seribu.

Monday, 7 May 2012

Cinta, Kasih kita 12



“Dah sihat Nia?” satu suara kedengaran tatkala Rania melangkah masuk ke bahagian Perakaunan. Dia mencari suara itu dan mendapati Sharifah yang menegurnya. Terus senyuman ber gayutan di bibirnya
“Dah, terima kasih ye kauorang berdua tolong bawak aku ke hospital.” Ucap Rania.
“Tak  ada hal lah. Kitakan kawan. Tapi, sorrylah, kami tak sempat pergi melawat kau. Maklumlah banyak kerja,” terang Niza.
“It’s okay. Kauorang tolong hantar aku pergi hospital pun dah cukup syukur,” Rania berkata jujur. Kalau mereka berdua tak hantar dia ke hospital, tidak tahu apa yang akan terjadi pada dia. Rania kemudian terus ke mejanya yang ditinggalkan setelah 4 hari bercuti.
            Belum seminit dia melabuhkan punggung di kerusi, Sharifah dan Niza sudah terpacak di depan mejanya. Masing-masing sedang tersengih memandangnya.
            “Err...korang ni tengah buat iklan ubat gigi ke?” Rania pelik.
            “Banyaklah kau punya iklan ubat gigi. Kami ni sebenarnya datang nak merisik,” balas Niza.
            “Ha? Merisik apa pulak ni?” Rania semakin keliru. Sharifah dan Niza saling berpandangan sebelum mengenyit mata sesama mereka.
            “Kami nak merisik pasal CEO kita yang baru tu dengan kau,”jelas Sharifah.
            “Kenapa pulak aku? Bukan aku tahu apa pun pasal dia.” Rania cuba mengelak. Niza dan Sharifah tidak puas hati.
           “Eleh, kau tak payah nak sembunyi-sembunyilah. Kitaorang dah tahu kau dengan dia kawan lama,” kata Niza. Sesekali matanya melirik ke arah pintu jabatan itu. Mana tahu En. Zaidi tiba-tiba muncul. Ketua mereka itu masih belum tiba.
            “Macam mana pulak kauorang tahu ni?” soal Rania walaupun dia dapat mengagak siapa yang memberitahu perkara itu kepada rakan-rakannya.
            “Masa kau pengsan hari tu, dia panggil kau macam dah kenal lama. Cemas betul muka dia. Lepas hantar kau pergi hospital hari tu, terus aku tanya dia dan dia kata kau orang berdua kawan lama,” terang Sharifah pula. Terkelip-kelip Rania memandang Sharifah.
‘Berani pulak minah ni tanya pasal Haq pasal hubungan kami. Haq pun jujur sangatlah pulak beritahu cerita sebenar. Buat tak tahu sudahlah. Sekarang jenuh aku nak jawab dengan manusia dua orang ni,’bebel Rania di dalam hati.
            “Bertuah kau Nia,”
            “Bertuah?” Rania kerut kening tanda tidak memahami maksud Niza.
            “Yalah, Tuan Baihaqi tu siap dukung kau lagi bawak ke bilik sakit. Aduh, gentleman sungguh. Kalau akulah sepuluh kali pengsan pun tak apa. Asalkan dia sudi dukung aku,” Niza melekapkan kedua-dua tapak tangannya ke pipi. Matanya dipejamkan. Mula berangankan Baihaqi.
            Gulp! Rania telan liur. Baihaqi dukung aku ke? Rania mati- mati ingat  Niza dan Sharifah yang mengangkatnya. Baru hari ni dia tahu perkara sebenar. Alahai malunya. Mana hendak letak muka ni?
            “Kalau aku jadi dia mahu 40 kali aku fikir dulu sebelum dukung kau,” sela Sharifah.          “Kenapa pulak?” soal Niza.
            “Badan serupa anak gajah, ada hati nak suruh orang dukung. Mahu dengan dia  sekali pengsan kalau dukung kau tahu.”Sharifah ketawa. Niza ketap bibir. Satu cubitan hinggap di lengan kawan baiknya itu. “Adoi!” Sharifah mengaduh.
            “Eeii.. kau ni kan Sha, suka spoilkan mood aku.” Niza bengang apabila Sharifah mempermainkan tubuhnya yang sedikit gempal itu. Rania menggeleng dengan perangai mereka berdua.
            “Eh Nia. Kau kan kawan dia. Kau mesti tahu apa yang dia suka kan?” dari berdiri, Sharifah sudah duduk di kerusi berhadapan dengan Rania. Begitu juga Niza.
            “Aku tak tahulah. Kenapa kau tak tanya dia sendiri? Lagi senang, maklumat yang kau dapat pun sahih dan benar,” ujar Rania. Dia sudah malas melayan dua orang gadis kepoh ini. Kan senang kalau mereka ni macam Syakir, tak sibuk hal orang. Buat kerja sendiri saja. Matanya menyorot ke arah Syakir yang sudah memulakan kerjanya tanpa menghiraukan orang lain.
            “Kalau pasal ni, aku malulah Nia. Nanti dia kata aku nak mengorat dia pulak,” kata Sharifah lagi.
            “Memang kau nak mengorat dia pun kan? mengaku aje,” perli Niza.
            “Siapa la yang tak nak lelaki macho macam tu. Kalau bagi kat kau pun, mesti kau nak kan?” Sharifah mempertahankan diri. Matanya yang bulat dikecilkan.         
            “Aku ni bukan nak kata la, tapi kalau dia nak dekat aku, mahu 3 hari 3 malam aku buat kenduri,” Niza pun 2 x 5 juga dengan Sharifah.
            “Kan? So, jangan nak mengutuk aku.” Sharifah memberi amaran. Niza menjelir lidah.
            “Sudahlah tu. Aku nak buat kerja ni. Dahlah banyak dokumen yang aku kena siapkan ni. Kalau kau orang nak gebang, sila kembali ke tempat masing-masing ye,” arah Rania. Pening kepalanya mendengar dua sahabat itu bergaduh. Sudahlah kerjanya menimbun di atas meja. Hasil setelah 4 hari bercuti.
            “Alah, Encik Zaidi bukan masuk lagi pun. Kejap lagi la kau buat. Lagipun, perbincangan kita tak selesai lagi.” Niza memujuk.
            “Lain kali aje ye. Aku banyak kerja nak kena buat. Nanti tak siap tak pasal-pasal aku kena dengan Encik Zaidi,” Rania menolak. Sebenarnya lebih kepada mengelak. Dia tidak mahu berbicara soal Baihaqi lagi. Sudahlah rasa malu tadi masih belum habis.
            “Nia, please…” belum sempat Niza menyambung kata terdengar deheman dari pintu utama.
            “Ehem, ehem,” Encik Zaidi sengaja berdehem supaya para pekerjanya yang sibuk berborak itu menyedari kewujudannya. Sharifah dan Niza serta merta kembali ke meja mereka.
“Selamat pagi Encik Zaidi,” ucap mereka serentak.
 “Pagi. Seronok bersembang nampak? Rasanya waktu kerja dah mula,” perlinya sambil melihat jam di tangan. Rania kulum senyum. Itulah aku dah kata, buat kerja. Kan dah kena, bisiknya di dalam hati.
“Kami tengah terangkan dekat Rania pasal dokumen atas meja dia tu, Encik Zaidi. Kan 4 4 hari dia tak masuk kerja,” Sharifah cuba berhelah.
            “Betul tu Encik Zaidi. Banyak benda yang dia tak faham. Kami sebagai kawan yang prihatin kenalah tolong dia. Kan Sha?” Niza pula menambah. Sharifah angguk bersungguh-sungguh. Dah rupa burung belatuk pun. Syakir yang melihat tersenyum sendiri.
            “Kalau macam tu tak apalah. Saya masuk dulu,” Encik Zaidi mula melangkah. Niza dan Sharifah urut dada. Lega. Namun, belum dua langkah Encik Zaidi menapak, dia kembali menoleh.
            “Rania,” panggilnya. Rania yang baru membuka fail pantas bangun.
            “Ye Encik Zaidi?”
            “Awak betul-betul dah sihat?” Tanya Encik Zaidi. Rania mengangguk Dalam hati dia memuji sikap ambil berat Encik Zaidi.
            “Saya dah sihat, Encik Zaidi. Terima kasih kerana ambil berat,”
            “Good, sebab kalau awak pengsan lagi dah tak ada orang nak dukung pergi bilik sakit,” katanya selamba sebelum masuk ke biliknya.
 Pipi Rania terasa pijar mendengar kata-kata Encik Zaidi. Hatinya tambah sebal apabila Niza, Sharifah dan Syakir ketawa besar mendengar ‘lawak pagi’ Encik Zaidi. Rania  duduk dengan rasa malu. Kulit mukanya bagaikan sudah tebal 4 inci. Rasa macam nak sorok muka dalam baldi saja. Sungguh Memalukan!


“HAQ, this is your speech text. I dah betulkan tadi,” Suhaila menghulurkan teks ucapan kepada Baihaqi ketika mereka berada di dalam lif untuk turun ke bawah. Lelaki itu menyambut dan meneliti teks itu seketika. Nyata dia berpuas hati dengan hasil kerja setiausahanya itu. Suhaila memang cekap mengendalikan setiap tugasnya. Sangat mudah untuk mereka bekerjasama. Suhaila yang pada mulanya memanggilnya dengan panggilan tuan juga telah diminta oleh Baihaqi agar menukar panggilan. Suhaila dan dia lebih kurang sebaya. Terasa kekok pula dia dipanggil tuan. Akhirnya, Suhaila memanggilnya Haq sahaja.
            Ketika Baihaqi membaca isi teks ucapan itu, Suhaila sempat mencuri pandang  wajah tampan itu. Tanpa disedari dalam waktu yang singkat, hatinya mula bertunas perasaan terhadap lelaki itu. Dia suka dengan sikap Baihaqi yang budiman. Lelaki itu juga kelihatan sangat berwibawa dalam menjalankan tugasnya. Dalam diam, Suhaila mula terpikat dengan majikannya itu.
            “Thanks Sue. Pukul berapa PC tu?” soal Baihaqi. Suhaila tidak menjawab. Matanya masih asyik merenung Baihaqi. Melihat gadis itu tidak berkelip, Baihaqi melayang-layangkan  tapak tangannya  di depan wajah Suhaila. “Sue? Are you okay?” panggilnya kemudian. Suhaila tersentak. Kelam kabut dia memandang ke arah lain.
“Sorry. Apa you tanya tadi, Haq?” tanya Suhaila untuk menutup perasaan gelabahnya kerana tertangkap merenung wajah Baihaqi tadi.
“I tanya PC pukul berapa? Mana fikiran you menghilang ni?” usik Baihaqi sambil tersenyum. Kelakar pula dia melihat wajah Suhaila yang sudah bertukar kemerahan. Suhaila tidak menjawab. Dia kemudian melihat jadualnya untuk menyemak waktu sidang media yang akan diadakan pada petang ini. Tujuan sidang media ini diaadakan untuk memperkenalkan Baihaqi sebagai CEO baru Sutera Holding kepada media dan masyarakat.
“Okay, PC will be held at 3 pm, tapi kita kena ada dekat Hotel Le Meridien pukul 2 petang,” kata Suhaila. Baihaqi mengangguk-angguk. Sekarang sudah masuk waktu makna tengah hari. Pastinya jalan raya sesak ketika ini. Terpaksa juga mereka meredahnya untuk ke Le Meridien. Lemah betul. Ah! Kuala Lumpur bila masanya tidak sesak.  “Kita dah patut gerak ke sana. Dengan keadaan jalan yang sesak time macam ni, I takut kita lambat sampai,” sambung Suhaila.
“Okay,” balas Baihaqi sepatah. Segaris senyuman menghiasi bibirnya. Suhaila terpana. Senyuman Baihaqi benar-benar memikat. Setiap kali lelaki itu tersenyum setiap kali itu jantungnya berdegup tidak sekata. Suhaila pantas menarik nafas. Ketika itu juga mata Suhaila dapat menangkap tali leher Baihaqi yang agak senget
“Err Haq…tie you nampak senget sikit la.” Suhaila memberitahu.
“Senget?” belum sempat Baihaqi menyentuh tali lehernya, Suhaila terlebih dahulu berbuat demikian.
“Biar I betulkan,” pintanya manja. Baihaqi telan liur melihat tingkah Suhaila yang tiba-tiba kelihatan terlebih prihatin itu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Gadis itu terlalu rapat padanya.
Ting! Pintu lif terbuka.
Terbeliak 3 pasang mata yang berada di luar lif itu. Baihaqi yang menyedari keadaan itu serta merta menjauhkan dirinya dari Suhaila. Niza, Sharifah dan Rania melangkah masuk ke dalam lif itu dengan hati yang berbaur.
“Tuan,” tegur Niza dan Sharifah manakala Rania hanya sekadar menganggukkan kepalanya tanda hormat. Suhaila tidak bereaksi walaupun dia juga berasa agak malu dengan kejadian sebentar tadi.
“Keluar lunch ke?” soal Baihaqi. Matanya sesekali ditala ke arah Rania yang menghadap pintu lif membelakanginya. Hatinya gusar. Entah apa yang difikirkan gadis itu apabila melihatnya dalam keadaan sebentar tadi.
“Kami nak keluar makan. Nak join?” pelawa Sharifah. Rania memandang Sharifah. Kenapalah minah ni pergi ajak mamat tu. Janganlah dia setuju.
“Too bad. Kitaorang kena pergi Le Meridien cepat. Kalau tak bolehlah join you all sekali, kan Haq?,” balas Suhaila. Sharifah ketap bibir. Siapa ajak kau, aku ajak bos aku yang hensem tu je. Dah la buat aksi miang tadi. Angin aku satu badan, omel Sharifah dalam hati.
“Next time maybe,” jawab Baihaqi kemudian. Sharifah dan Niza mengangguk.
Pintu lif akhirnya terbuka di aras bawah. Mereka keluar dari perut lif. Rania mendahului mereka. Sebenarnya dia rasa panas hati melihat adegan sebentar tadi. Cemburu sebenarnya. Sampaikan rasa malu didukung Baihaqi tempoh hari hilang begitu saja.
“Nia,” panggilan Baihaqi menghentikan langkah Rania. Niza dan Sharifah pada mulanya mahu menunggu Rania, tetapi setelah Rania mengisyaratkan mereka pergi ke kafe dahulu, mereka akur sahaja.
Baihaqi mendapatkan Rania. Suhaila membuntutinya. “Sue, you pergi dulu. Nanti I menyusul,” arah Baihaqi. Suhaila hanya mengangguk sebelum berlalu. Sempat dia menjeling Rania dengan ekor matanya. Entah kenapa, dia dapat merasakan Rania bakal menjadi pesaingnya dalam merebut hati Baihaqi.
 Rania menunggu butir bicara Baihaqi seterusnya. “Nia dah sihat ke?” soalnya kemudian.
“Dah Tuan,” pendek Rania menjawab. Sengaja dia berprotokol. Lagipun Baihaqi memang majikannya.
“Tak payahlah protocol sangat.” Ujar Baihaqi.
“Kenapa? Saya rasa tak salah kalau saya panggil tuan, ‘Tuan’. After all, you are my boss,” tukas Rania.
“Tapi sekarang kita berdua aje. Tak perlulah nak betuan-tuan segala,” Baihaqi membetulkan cermin matanya. Rania hanya terdiam. “Saya nak pergi Le Meridien dulu. Nanti bila-bila kita lunch sekali ya,” sambungnya kemudian.
“Tengoklah,” Rania menjawab acuh tak acuh.
“Tak apalah, saya pergi dulu. Jaga diri baik-baik ya. ” Baihaqi berpesan sebelum beredar dan ternyata kata-kata itu mencuit hati Rania. Baihaqi mengambil berat akan dirinya. Tetapi apabila teringat kejadian dalam lif tadi terus hatinya panas sampai ke telinga. “Lelaki memang pandai bermain kata-kata,” bisiknya sendiri.