Sunday, 3 February 2013

Cinta, Kasih Kita Bab 15


SUHAILA melempar dokumen yang dipegangnya ke atas meja. Bagaikan api yang sedang marak, begitulah jiwanya dirasakan saat ini. Hatinya sedang terbakar dan puncanya tidak lain, tidak bukan pastilah Baihaqi Arasy, majikan merangkap jejaka pujaanya itu.
              Dia menarik nafas panjang. Wajahnya diraup seketika cuba meredakan kegalauan perasaan. Suhaila kemudian bersandar di kerusi. Fikirannya terasa kosong. Hanya wajah Baihaqi yang menghiasi akalnya kala ini.
           Dia menggenggam jemarinya sekuat hati. Satu perbuatan yang dilakukan apabila dia dalam keresahan. Enggan terus dikawal emosi, Suhaila kemudian mencapai dokumen yang dilemparnya sebentar tadi. Tetapi, fikirannya melayang entah ke mana. Dia tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaannya. Amukan perasaan terasa menghambat.
                    Sesekali dia terimbas detik yang memalukan sebentar tadi.
                    Pintu bilik Baihaqi diketuk.
            “Masuk” satu arahan kedengaran. Suhaila melangkah masuk. Dia tersenyum melihat Baihaqi. Pemuda itu mengangkat wajahnya sekilas sebelum meneruskan kerjanya semula.
                  “Ada apa Sue?” Tanya Baihaqi. Suhaila mengambil tempat di hadapannya.
            “There’s some documents that you need to sign.” Suhaila mengunjukkan dokumen itu kepada Baihaqi. Pemuda itu memeriksa isi dokumen itu. Sesekali tangannya memicit dahi. Suhaila perasan wajah Baihaqi berkerut seakan menahan kesakitan.
                   “Are you okay Haq?” soal Suhaila.
            “I’m find. Cuma sakit kepala sikit.” Balas Baihaqi pendek. Dokumen yang siap dibaca terus ditandatangani. Namun, sakit kepala yang kian menghimpit membuatkan dia terhenti sejenak. Kepalanya di picit-picit lagi.
            Baihaqi terasa lega sedikit apabila terasa kepalanya diurut lembut. Seketika dia membiarkannya. Urutan itu kemudian turun ke bahu. Baihaqi memejamkan mata sambil menikmati urutan itu.
            “Feeling better Haq?” suara yang masuk ke telinganya serta merta mengejutkan Baihaqi dari khayalan. Matanya dibuka dan Suhaila sedang berdiri di sebelahnya dengan senyuman yang menggoda. Tangan  gadis  itu yang masih memegang bahunya cepat-cepat dileraikan. Baihaqi resah. Dia hanyut sesaat kerana sakit yang menghimpit. Bila Suhaila datang datang ke sebelahnya pun dia tidak sedar.
            “I’m feeling okay. Thanks,” ucap Baihaqi. Suhaila masih berdiri di sebelahnya. Dia memberanikan diri memgang tangan Baihaqi. Tangan itu dielus lembut. Baihaqi telan liur. Dia menarik tangannya perlahan.
            “Haq, I sanggup buat apa saja untuk you. Anything, just for you” Bisik Suhaila di telinga Baihaqi. Meremang bulu roma Baihaqi.
               “I dah okay, Sue. Thanks for everythings,” balas Baihaqi.
          “I love you, Haq,” ucapan yang tidak disangka  itu keluar dari bibir Suhaila. Baihaqi terpana mendengarnya. Wajah Suhaila direnung tidak percaya. Seketika dia melarikan matanya ke arah lain.
            “Apa yang you cakap ni?” Suhaila menghampiri Baihaqi yang sudah bangun dari kerusinya. Kedua belah pipi Baihaqi dipegang supaya menghadap wajahnya.
            “Haq, I really do love you. I mean, I need you in my life,” sekali lagi Suhaila mengakui perasaannya. Dia sudah tidak mampu menanggung bebanan perasaanya. Dia terlalu mencintai Baihaqi dan tidak mahu kehilangan pemuda itu.
            Baihaqi menarik tangan Suhaila dari terus menyentuh wajahnya. Dia tidak menyangka setiausahanya itu seberani ini walaupun dia sebenarnya dapat meneka yang Suhaila ada hati padanya. Dia sendiri pening apa yang harus dijawabnya kepada Suhaila. Dokumen yang ada ditangan diunjukkan kepada Suhaila
            “I dah sign. You boleh keluar sekarang,”ujar Baihaqi memberi arahan.
            “But, Haq I…” 
          “Ini ofis Sue. I tak nak campur adukkan urusan kerja dengan peribadi.” Tegas Baihaqi berkata. “We’ll talk about this later,” sambungnya kemudian. Baru sahaja dia melangkah, telinganya menangkap suara Suhaila sekali lagi.
            “Kenapa you tak cakap aje yang you dah ada orang lain?” soal Suhaila.
            “What?” Baihaqi kerut dahi.
           “I tahu you ada hati pada Rania tu kan? I juga tahu you selalu bagi hadiah pada dia walaupun dia sikit pun tak pandang you” Suhaila mula bermain api. Baihaqi menarik nafas panjang. Karenah Suhaila hari ini benar-benar menguji kesabarannya.
            “What are you trying to say Sue?” Baihaqi berusaha menahan sakit di kepalanya.
           “Tak guna you terus mengejar dia kalau dia langsung tak ada hati pada you,” balas Suhaila. “You hanya buang masa,”
            “Siapa pun yang I suka, yang I kejar, itu bukan masalah you. Sekarang ni, you keluar dan buat kerja you.” Arah Baihaqi. Dia sudah penat melayan Suhaila yang pelik hari ini. Kata-katanya hanya mengundang kemarahan dihatinya. Suhaila masih tidak berpuas hati.
            “I tak faham Haq. Apa yang ada pada dia sampai you tergila-gilakan dia sangat. Kalau dibandingkan dengan I, dia langsung tak ada keistimewaan. I boleh bagi you segalanya. Dia?  gadis kampung yang tak sedar diri…”
           “Enough Sue!” tempik Baihaqi. Suhaila terdiam. Baihaqi sudah tidak dapat mengawal kemarahannya. “ I tak nak you cakap apa-apa lagi pasal dia. Ye, memang I sukakan dia dan lain daripada tu I rasa you tak ada hak nak masuk campur. It’s none of your business. You got that?”
        Suhaila masih terdiam mendengar kata-kata Baihaqi. Dia terasa mahu menangis apabila Baihaqi mengakui rasa hatinya pada Rania.  Hatinya terguris. Terus dia melangkah keluar dari bilik Baihaqi.
            Suhaila mendengus. Dia sebenarnya malu kerana terlalu cepat meluahkan perasaan. Seharusnya dia bersabar dan berusaha memikat Baihaqi. Suhaila kesal dengan sikapnya yang gelojoh.
            Dia khuatir jika kata-katanya hanya akan menjauhkan Baihaqi darinya. Dia tidak mahu itu semua berlaku. Tanpa Baihaqi, hidupnya tidak akan sempurna.
            “Apa aku nak buat ni?” gilirannya pula memicit kepala sendiri.

BAIHAQI membaringkan dirinya di sofa. Sakit kepalanya terasa makin menyeksakan. Semuannya gara-gara terkena hujan semalam. Ditambah pula dengan perangai Suhaila yang menyakitkan hati, sakit kepalanya dirasakan sudah sampai ke tahap maksimum.
            Baihaqi rasa seram bila mengingati karenah Suhaila sebentar tadi. Kadangkala Baihaqi merasakan Suhaila seperti Soffiya satu ketika dulu. Hanya kerana ada hati padanya, Soffiya sanggup buat apa saja. Mujur dia mendapat tawaran ke London dapat juga dia melarikan diri daripada gadis itu. Dan, mujur juga Soffiya sendiri sudah bertunang dengan orang lain. Tidak dapat dibayangkan jika dia yang dipaksa bersama Soffiya. Maklumlah, mamanya amat sukakan Soffiya untuk dijadikan bakal menantuu.
        “Rania.” Nama Rania meniti di bibirnya. Wajah gadis itu terlakar di mata. Dia tidak dapat menggambarkan rasa sayang yang tercipta untuk gadis itu. Setelah hatinya ditolak Rania mentah-mentah, dia cuba untuk melupakan gadis itu. Namun, dia tidak boleh. Dia tidak boleh membuang insan yang sekian lama terpahat di kalbu. Cintanya hanya untuk Rania, mengapa degil benar untuk Rania mengakui hakikat itu
  Semalam dia terserempak dengan Rania ketika mahu bergerak pulang. Waktu itu hujan turun dengan lebat. Gadis itu yang hanya berpayung, sudah basah separuh badannya. Baihaqi memberhentikan keretanya disebelah Rania. Cermin keretanya diturunkan.
  “Rania, marilah naik. Saya hantar awak balik.” Rania yang terhenti sebentar tadi menggeleng dan meneruskan langkahnya. Baihaqi terpaksa mengikut langkah Rania dengan memandu keretanya perlahan-lahan. “Jangan degil Nia. Hujan lebat ni. Nanti awak demam lagi,” pujuk Baihaqi.
  “Awak baliklah. Jangan risaukan saya. Saya dah biasa dengan hujan ni semua.” Rania masih berdegil. Baihaqi menggeleng.
  “Janganlah macam tu Nia. Saya ikhlas nak hantar awak. Lagipun hujan lebat ni,” sekali lagi dia cuba memujuk.
  “Tak apalah. Saya boleh balik sendiri. Jangan risaulah. Saya boleh jaga diri.” Balas Rania sambil meneruskan langkahnya. Baihaqi mengeluh. Dia tahu betapa kerasnya hati Rania. Tiada pilihan, Baihaqi keluar dari kereta. Rania terkejut apabila Baihaqi tiba-tiba menarik tangannya.
   “Eh, kenapa awak keluar? kan dah basah. Saya tak nak balik dengan awak la. Jangan tarik tangan saya,” kata Rania. Dia menarik tangannya dari gengganman Baihaqi, namun tidak berjaya. Hon kereta yang beratur di belakang sudah berkumandang. Maklumlah Kuala Lumpur yang memang sedia sesak, akan bertambah sesak bila hari hujan. Apatah lagi ada kenderaan yang sengaja diparkir di bahu jalan sepeerti Baihaqi.
            “Cepat masuk dalam kereta. Awak nak jalan ni sesak. Saya tak akan jalan selagi awak tak ikut saya,” Baihaqi membalas seolah-olah memberi amaran.
             “PON PON!” hon kereta mula berbunyi nyaring. Rania menggigit bibir. Dia memandang Baihaqi yang masih tidak berganjak dari situ.
            “PON PON!” kali ini Rania terus bergerak ke kereta Baihaqi. Geram dia dengan perangai pemuda itu. Baihaqi hanya tersengih. Sesekali Rania perlu dipujuk dengan cara ini. Barulah jalan.
            Kereta perlahan-lahan bergerak meninggalkan tempat itu. Mereka langsung tidak brsuara sepanjang perjalanan. Masing-masing terdiam walaupun terlalu banyak benda yang ingin dibicarakan.
            “Kenapa diam aje ni?” Baihaqi cuba memecah kebisuan antara mereka.
            “Tak ada apa yang nak dibualkan. Jadi diam lebih baik,” Rania masih memandang ke luar.
        “Lama kita tak jumpa, tak akan tak ada benda yang awak nak cerita pada saya?” Baihaqi cuba memancing Rania untuk bercerita. Rania hanya mengangkat bahu. “Okaylah, biar saya tanya, awak jawab. Boleh?” sambung Baihaqi.
            Rania kerut dahi. “Perlu ke saya jawab?”
            “Mestilah. Saya nak dengar suara awak yang mahal tu,” sengaja Baihaqi mengusik. Rania mencebik. Mengata akulah tu. “Rania?” panggil Baihaqi.
            “Tanyalah,” pendek Rania membalas. Baihaqi berfikir seketika.
            “Awak dah lama kenal dengan Misha?” soalan pertama yang terfikir olehnya.
          “Hmm, dah lama jugaklah hampir 4 tahun. Sejak masuk universiti. Kami satu bilik.” Jawab Rania jujur. Baihaqi mengangguk-angguk.
            “Awak belajar dekat universiti mana?”
            “UKM,”
            “Course apa?” Baihaqi terus bertanya. Dia tidak kisah soalan apa kerana dia mahu mendengar Rania bercakap dengannya. Bukan mudah gadis itu mahu bersuara bila bersamanya. Dia lebih suka diam dan menjauhkan diri.
            “Bidang yang saya kerja sekarang la. Akaun,” jawab Rania. Baihaqi senyum. Sesekali matanya singgah ke wajah Rania.
            “Mak Su Aliah apa khabar Nia?” soalan itu ternyata membawa kesedihan ke wajah gadis itu. Dia menunduk.
            “Mak Su dah tak ada. Arwah dah 5 tahun meninggal dunia.” Perlahan Rania menjawab. Dia mula teringatkan Aliah. Baihaqi merenung Rania. Dia nampak kesedihan di wajah Rania.
            “Innalillahhiwainnailaihirojiun.  Saya minta maaf Nia, saya tak tahu. Mak Su meninggal sakit apa?” Tanya Baihaqi.
            “Kanser Payudara. Dia menderita hampir 3 tahun tapi dia rahsiakan daripada pengetahuan saya. Saya tahu pun sebab terjumpa ubatnya.” Sebak kedengaran suara Rania. Ya Allah, kesian gadisku. Pasti hatinya sedih kehilangan satu-satunya tempat bergantung dalam hidupnya, kata Baihaqi di dalam hati.
            “Sabar Nia. Allah lebih sayangkan dia. Banyakkan berdoa dan sedekahkan kepada Arwah. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman,” pujuk Baihaqi. Rania mengangguk kepalanya. Seboleh mungkin dia menahan sebak.
            Hujan masih lebat. Namun, mereka sudah semakin hampir dengan kawasan rumah Rania.
            “Nia…” panggil Baihaqi. Dia masih ada benda yang ingin ditanya.
            “Ada apa?” Rania memandangnya.
         “Kenapa awak berhenti hubungi saya Nia? Awak tahu tak hari-hari saya tunggu surat awak masa dekat London dulu. Kenapa Nia?” Rania telan liur. Inilah soalan yang palingdia tidak mahu dengar kerana jawapan bagi soalan ini pasti akan berkait dengan setiap kejadian dalam hidupnya.
            “Saya…,” Rania hilang kata-kata.
           “Jawablah, Nia. Saya nak tahu” ujar Baihaqi. Dia mahukan jawapan bagi persoalan yang sekian lama bermain difikirannya.
            “Saya sibuk. Banyak benda yang perlu saya fikirkan. Lama-lama saya pun lupa,” entah bagaimana jawapan itu pula keluar dari mulutnya tetapi sudah cukup merobek hati Baihaqi.
        “Seperti mana awak lupakan saya? Semudah  tu?” sinis kedengaran kata-kata Baihaqi. Rania mengeluh. Kalau Baihaqi terluka, dia seribu kali terseksa.
            “Haq, dah berapa kali saya kata, lupakan semua yang dah terjadi. Anggaplah ianya  kenangan kita bersama. Kalau saya yang bersalah kerana menyakiti hati awak, saya mintak maaf. Tetapi semua yang berlaku sudah ditakdirkan,” balas Rania. Dia memandang keluar. Tidak sanggup rasanya memandang wajah Baihaqi bila ayat itu dituturkan.
           “Saya redha dengan takdir, Nia. Tapi saya tak dapat lupakan awak. Segala yang kita lalui dulu sentiasa berada dalam ingatan saya. Semasa saya di sana tidak pernah sekalipun saya lupakan awak. Sebab tu saya rasa terkilan bila awak dengan mudah melupan segalanya antara kita.” Baihaqi meluahkan rasa.
            “Jadi awak nak saya buat apa? Menangis hari-hari ingatkan awak? Atau awak nak saya bawak semua gambar dan surat-surat awak tu ke mana saja saya pergi? Macam tu?” suara Rania agak meninggi. Ketegangan mula terasa.
            “Saya tak kata pun macam tu Rania. Entahlah, saya macam tak percaya yang perasaan awak pada saya dah hilang sedangkan hati saya masih pada awak. Masih kuat seperti dulu. Awak cakaplah macam mana saya nak hilangkan rasa cinta saya pada awak ni,” luluh hati Rania mendengar kata-kata Baihaqi.
            Saya juga cintakan awak, Haq! Namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati. Dia tidak mampu untuk mengatakannya. Rania sedaya upaya menahan gejolak di dalam jiwa.
            “Berhenti Haq!” arah Rania tiba-tiba.
            “Kenapa?” Baihaqi terpinga-pinga.
          “Saya kata berhenti,” Baihaqi memberhentikan keretanya di bahu jalan. Rania keluar dari kereta dalam keadaan hujan lebat. Baihaqi juga keluar dan mendapatkannya.
            “Nia, apa awak buat ni?” Baihaqi berdiri di depan Rania. Kedua mereka di basahi hujan.
            “Saya boleh balik sendiri. Saya tak larat nak dengar awak luahkan perasaan awak. Saya penat bila awak asyik salahkan saya disebabkan perasaan awak pada saya. Cukuplah sampai sini. Saya boleh balik sendiri,” Rania berdegil. Air matanya sudah mengalir seiring dengan hujan yang membasahi pipi.
            “Nia, jangan macam ni. Saya dah kata saya akan hantar awak balik. Tak akan awak nak redah hujan ni sorang-sorang,” pujuk Baihaqi.
“Saya tak kisah Haq. Orang susah macam saya dah biasa meredah hujan ni semua,” Rania mahu meneruskan langkah tetapi dihalang Baihaqi.
“Nia, Tolonglah jangan buat macam ni. Saya janji tak akan ungkit apa-apa lagi. Saya hantar awak balik ye.” Rania masih tidak berganjak. Dia tertekan sebenarnya. Hatinya merintih mendengar luahan Baihaqi. Hati mereka sama. Cinta mereka tetap utuh biarpun masa berlalu. Cuma mereka tidak dapat bersama saperti dulu. Ada yang menghalang dan halangan itu tidak mampu ditembusi.
“Nia, saya merayu. Fikirkan keselamatan awak. Saya cuma nak awak sampai rumah dengan selamat. Please,” Baihaqi sudah separuh merayu. Dia tidak rela membiarkan Rania berjalan seorang diri di tempat ini. Sementelah semua berpunca darinya yang tidak habis-habis meluahkan perasaan. Pasti Rania berasa rimas dengannya.
Rania akhirnya masuk semula ke dalam kereta dan selepas itu sepanjang perjalanan sehingga sampai di rumah, mereka langsung tidak berakap. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
Baihaqi membuka mata semula. Sakit di kepala masih lagi terasa. Dia mengeluh. Mungkin dia patut melupakan semuanya seperti yang Rania pinta. Tapi, bagaimana?

No comments:

Post a Comment